ADUN PN perlekeh Perlembagaan Negeri Melaka

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) mengadakan pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka setelah Speaker menangguhkan mesyuarat pada pagi ini adalah amat dikesali.

ADUN Machap Jaya Datuk Ginie Lim berkata, tindakan itu bukan sahaja memperlekehkan Perlembagaan Negeri Melaka dan kuasa Speaker dalam memartabatkan DUN sebagai wadah demokrasi, malah menghakis semangat Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, DUN “tidaklah boleh menjalankan urusan Dewan semasa jawatan Speaker itu masih kosong selain daripada memilih seorang Speaker”.

“Akan tetapi pemilihan Speaker telah diadakan dalam keadaan jawatan Speaker masih belum dikosongkan dan DUN juga belum dibubarkan.

“Maka, keabsahan proses pemilihan Speaker menjadi pertanyaan apabila ia berlaku sejurus setelah Speaker menangguhkan mesyuarat dalam keadaan tanpa Panggilan Bertulis Mesyuarat baru oleh Setiausaha pada masa dan tempat yang ditetapkan oleh Yang di-Pertua Negeri dan kehadiran Speaker sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ADUN PN wajar menghormati kuasa Speaker yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri Melaka dan Peraturan-peraturan Mesyuarat DUN Melaka supaya DUN Melaka terus disanjungi dan menerajui pengukuhan demokrasi negara.

Pagi tadi Speaker Omar Jaafar menangguhkan persidangan DUN ke satu tarikh yang akan dimaklumkan setelah berlaku kekecohan di kalangan ADUN PN.

Namun begitu, ADUN PN meneruskan persidangan tanpa kehadiran Speaker sebaliknya mengadakan pemilihan untuk melantik Speaker yang baru.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan