Oleh AMNI JAGAT
Dalam kes berkenaan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) terhadap syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapatkan
kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM 30 juta semalam telah
membuatkan intergriti kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini
tercalar.
Perkara itu diulas oleh Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri
Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain yang menyatakan bahawa kelemahan dalam
tadbir urus kerajaan yang membolehkan perkara ini berlaku.
Katanya, lebih malang lagi perkara tersebut terjadi ketika negara
sedang berperang dengan wabak Coivd-19 yang melanda negara ketika ini.
“Ini adalah suatu perkara yang serius kerana reputasi Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan isu Covid-19 ini dicalarkan
dengan isu dakwaan rasuah yang berlaku.
“Kerajaan PN seharusnya lebih peka dalam kes ini kerana ia telah
membabitkan kelengkapan Covid-19 yang seharusnya diberikan kepada mereka
yang pakar bukan ‘award tender’ seperti yang berlaku hari ini.
“Pihak kerajaan harus membuat tindakan tidak memilih bulu dalam soal
pemberian tender ini kerana ia bukan suatu perkara yang boleh dipandang
mudah, ia membabitkan peralatan yang khusus atau ‘specialist’ untuk
diberikan projek tersebut kepada yang pakar,” katanya.
Beliau turut menyatakan agar kerajaan tidak menjadikan alasan ‘tender
darurat’ untuk membolehkan syarikat berkenaan mendapat projek tersebut.
Dalam pada itu, Adun Perling, Cheo Yee How berkata dakwaan rasuah ini
telah menyerlahkan tindakan sebenar kerajaan PN yang diketuai oleh
Muhyiddin Yassin.
“Kita maklum, sebelum ini sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah
amalan yang kita lakukan adalah seperti tender terbuka yang di mana ia
berjalan secara telus serta tender akan diberikan kepada mereka yang
mahir dalam projek tersebut.
“Mengambil pengalaman dalam urusan seperti pembersihan Sungai Kim
Kim, kita mengalami suatu musibah di mana bencana tersebut telah
mengempar negara namun kerajaan PH telah berjaya menyelesaikan perkara
itu dengan baik serta memberikan projek pembersihan sungai kepada mereka
yang pakar.
“Untuk permakluman di bawah kerajaan PH sebelum ini, amalan tender
terbuka tersebut adalah pembuktian bahawa kita sentiasa bersedia menjaga
intergriti agar tidak tercalar apatah lagi ianya sangat penting untuk
rakyat.
“Dalam kes ini, saya merasakan ia sangat tidak patut kerana ketika
negara ditimpa musibah terdapat golongan yang cuba mengambil kesempatan
di atas kelemahan yang berlaku ini,” ujarnya.
Untuk rekod, syarikat yang didakwa tersebut adalah syarikat pemaju
hartanah yang mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan
jangkitan dan pembekalan ‘Personal Protective Equipment (PPE)’ untuk
Covid-19.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan