Richard Riot Jaem dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Asia Timur


TIMBALAN Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Richard Riot Jaem dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Asia Timur, lapor portal Dayak Daily.

Riot adalah ahli Parlimen Serian selama lima penggal dan bekas menteri dalam Kabinet Najib Razak.

Menurut laporan Dayak Daily, Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian menerima surat dua perenggan berkenaan pelantikan itu dari Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Marzuki Mohamad.
Riot bagaimanapun berkata pelantikan tersebut belum disahkan.

“Jadi, saya tidak dapat mengulas buat masa ini. Tetapi saya berharap berita itu betul,” bekas menteri sumber manusia itu dipetik berkata semalam.

Jika pelantikan Riot itu benar, beliau ahli Parlimen Perikatan Nasional yang terbaharu dilantik memegang jawatan dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bulan lalu Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Tiong King Sing dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke China.

Lantikan bertaraf menteri itu ebih sebulan selepas Tiong menolak pelantikan sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen lain dalam Perikatan Nasional yang diberi jawatan dalam GLC termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang dilantik sebagai pengerusi kumpulan Prasarana Malaysia Bhd.

Lantikan Tajuddin berkuatkuasa 11 Mei.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menggantikan bekas hakim Malaya Zaharah Ibrahim yang letak jawatan pada 7 Mei.

Selain Tajuddin, seramai 16 ahli Parlimen dilantik untuk menerajui GLC dan badan berkanun.
Setakat ini, mereka yang dilantik termasuk lapan ahli Parlimen Umno, empat dari PAS dan tiga dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan