Tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengehadkan hanya
‘Titah Diraja’ sahaja dalam sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini membayangkan
ketakutan kerajaan sekarang dalam mempertahankan ‘Langkah Sheraton’.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dalam
kenyataannya berkata, dalam ‘ketakutan’ PM terhadap usul persendirian
Langkawi beliau telah menggadaikan keperluan usul kerajaan sendiri yang
merupakan satu keutamaan.
Padahal katanya, Ahli Parlimen turut menanti usul dari kerajaan untuk
dibahaskan secara sehat demi mencapai konsensus untuk negara.
“Saya berkeyakinan kerajaan PN telah hilang fokus kerana keutamaannya
adalah untuk mempertahankan kewajaran ‘Langkah Sheraton’ daripada
membahaskan krisis covid secara bersama di Parlimen Malaysia,” katanya.
Sidang Parlimen yang beberapa kali telah ditangguhkan sejak 1 March
oleh kerajaan PN kini telah menghadkan pula persidangan 18 Mei kepada
Titah Ucapan YDPA sahaja tanpa berbahas apa-apa usul wa imma dari usul
kerajaan sendiri.
“Jelaslah sidang 18 Mei ini hanya memenuhi kehendak peraturan dan
tidak kena mengena hasrat kerajaan PN untuk gunakan peluang persidangan
untuk membahas kepentingan besar negara semasa krisis.
“Ia satu langkah primitif ke belakang dan sekaligus menjejaskan
kewibawaan institusi parlimen negara,” kata Naib Presiden AMANAH itu.
Sebagaimana yang lalin, sebagai ahli parlimen Mujahid berkata, beliau
dikejutkan dengan surat dari Parlimen Malaysia yang memaklumkan
persidangan pada 18 Mei hanya terbatas kepada titah YDPA sahaja dan
kemudian sidang ditangguhkan tanpa perbahasan.
“Saya menganggap arahan di atas permintaan PM sendiri selaku
Pengerusi Dewan adalah perbuatan yang telah MENSIAKAN tujuan parlimen
yang merupakan cabang terpenting legaslatif setelah eksekutif dan
kehakiman,” katanya.
Apatah lagi, kata beliau, dalam suasana negara mengalami krisis
Covid-19, banyak perkara yang perlu dibahaskan demi memastikan negara
BERSATU dalam menangani krisis ini.
“Apakah PM takut dengan usul Langkawi yang menggunakan haknya untuk
satu usul undi tidak percaya kepada beliau sedangkan amalan di Parlimen
Komanwel adalah sentiasa mendahulukan usul kerajaan dari usul
persendirian,” kata beliau.
Sepatutnya, kata beliau, PM menumpukan kepada agenda lebih besar
negara melalui perbahasan yang sehat untuk membuktikan SOLIDARITI wakil
rakyat kepada krisis yang dihadapi oleh negara di saat ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan