MUHYIDDIN Yassin sudah merancang untuk membawa Bersatu keluar
daripada Pakatan Harapan (PH) walaupun tanpa persetujuan saya, kata Dr
Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata Muhyiddin dan pemimpin Umno, PAS,
Warisan Sabah, PKR dan GPS bertemu di rumahnya pada 23 Februari selepas
mesyuarat majlis tertinggi Bersatu sebelah paginya.
“Selepas pemimpin parti-parti ini bertemu di rumah saya, mereka pergi ke Istana Negara untuk menghadap Agong.
“Tetapi saya tidak pergi kerana saya mahu berfikir lagi tentang
keputusan yang dibuat oleh majlis tertinggi Bersatu,” kata negarawan
berusia 94 tahun itu menerusi satu video yang dikeluarkan hari ini.
Dr Mahathir berkata walaupun Muhyiddin bersetuju untuk memberikan
tempoh seminggu kepadanya membuat keputusan pada mesyuarat majlis
tertinggi sebelum itu, kumpulan berkenaan sudah pun merancang untuk
keluar PH.
Beliau membuat kenyataan sebagai mengulas tentang beberapa gambar
yang tular di media sosial menunjukkan pertemuan pemimpin parti-parti
Melayu di rumahnya.
Antara yang hadir ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden
PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Warisan Shafie Apdal, Abang Johari Openg
daripada GPS dan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
“Pertemuan itu diadakan supaya kita semua boleh pergi menghadap Yang
di-Pertuan Agong di Istana Negara ia dicadangkan supaya Bersatu keluar
PH.
“Tetapi pada mesyuarat majlis tertinggi Bersatu, saya minta lebih
masa untuk mempertimbangkannya kerana ia perkara yang serius. Akhirnya
majlis tertinggi setuju beri saya lebih masa dan Muhyiddin beri seminggu
untuk saya buat keputusan.
“Tetapi mereka sudah merancang untuk Bersatu keluar PH,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan hari ini untuk mengulas gambar yang tular di media sosial mengenai pertemuan tersebut.
Pertemuan itu berlangsung pada 23 Februari, yang memang sudah
ditetapkan dalam jadual hariannya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan
Tertinggi (MPT) Bersatu pada pagi tersebut, kata Dr Mahathir.
Mesyuarat MPT Bersatu pada 23 Februari itulah yang menjadi titik mula
perpecahan dalam parti yang kini terbelah antara kumpulan yang
menyokong Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Zahid menafikan dakwaan beliau menyerahkan dokumen mengenai kes mahkamahnya kepada Dr Mahathir pada pertemuan itu.
Dokumen yang dilihat sedang diteliti oleh Dr Mahathir dalam gambar
itu katanya adalah akuan bersumpah ahli Parlimen mengenai sokongan
mereka untuk membentuk kerajaan baharu.
Umno pada ketika itu memberi dukungan kepada Dr Mahathir untuk kekal
sebagai perdana menteri namun gabungan baharu itu tidak akan disertai
DAP, Amanah dan wakil rakyat yang menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim.
“Gambar yang tular di media sosial adalah perjumpaan presiden
parti-parti politik untuk mencadangkan agar Dr Mahathir mewujudkan
Kerajaan Perpaduan tanpa DAP, PKR (Anwar) dan Amanah.
“Itulah titik persamaan persetujuan bagi memulakan perbincangan namun
sokongan ditarik balik apabila Dr Mahathir pada Selasa mencadangkan
Kerajaan Perpaduan semua parti yang melanggar persetujuan awal,” kata
Zahid dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad lalu.
Sehari selepas pertemuan di kediaman Dr Mahathir itu, Muhyiddin
membawa Bersatu keluar PH sementara pengikut Azmin keluar dari PKR,
menyebabkan PH runtuh. Dr Mahathir juga letak jawatan perdana menteri
pada hari itu.
Minggu lalu, Dr Mahathir dan empat ahli Parlimen Bersatu yang tidak
menyokong Muhyiddin dikeluarkan surat pemberhentian keahlian parti.
Mereka mempertikaikan tindakan tersebut yang disifatkan bertentangan dengan perlembagaan Bersatu
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan