Berpinar terima bil elektrik...

Oleh Roslan Hamid

BIL elektrik kediaman saya akhirnya sampai jua, selepas tiga bulan 'dikurung' bagai dara pingitan.

Berpinar biji mata saya melihat angka yang tertulis...jumlah yang perlu dibayar RM1,000 lebih!

Tu dia, ingat mulut manis pemimpin seolah-olah macam kita perlu bayar apa-apa...rupa-rupanya bayaran bil adalah secara tertangguh.

 Bayar tetap bayar...mana ada 'barang dan perkhidmatan' 'free' sekarang ini...yalah nak kencing pun kena bayar...

Itulah, siapa yang tak beringat, dia akan terima padahnya. Kalau wang untuk bayaran bil akhir Mac lalu, akhir April dan akhir Mei, kita dah habiskan untuk tampung kehidupan misalnya sudah hilang sumber wang 'mahsyuk'...bagaimana kita mahu bayar bil yang datang pada awal Jun ini?

Nasib baiklah bil itu boleh dibayar secara beransur-ansur, demikian menurut catatan di tepi bil.

Dalam kes saya, saya boleh memilih untuk membayar RM300 lebih selama tiga kali bayaran atau bayar RM1,000 lebih sekali gus.

Bil air juga sudah sampai. Alhamdulillah lebih RM80 saja. Hitung panjang bilnya RM25 sebulan sebab tempoh tak bayar selama tiga bulan. Dalam kes ini, saya tarik nafas lega...Alhamdulillah sekali lagi.

Demikianlah sebagai pengguna kita mesti beringat. Janji-janji manis yang dihamburkan seperti sewa, hutang, pinjaman tak payah dijelaskan sekarang bukan bermakna, kita tak bayar...cuma bayarannya ditangguhkan...jadi berhati-hati.

Jangan ingat semua 'free' saja, percuma kata orang Malaysia, gratis kata orang Indonesia. Ia belum 'khalas' (selesai) kata orang Arab. Wallahu a'lam





Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan