Katanya, dalam keadaan ratusan ribu orang hilang kerja sejak kebelakangan ini, tak ada orang yang kisah soal populariti parti politik.
“Tak ada siapa yang kisah popular atau tak.
“Kini, sudah ada lebih 610,000 hilang kerja. Paling tinggi dalam sejarah negara sejak 1986! Sambil ratusan ribu hilang kerja, ada yang beli sokongan ahli parlimen dengan jawatan dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), gaji RM300,000++.
“Apa yang kamu sedang buat ni?” soalnya di Twitter.
Beliau
turut mengepil laporan berita yang memetik Wan Fayhsal mendakwa bahawa
berdasarkan rating, majoriti rakyat Malaysia- terutamanya Melayu dan
bumiputera- telah menerima perdana menteri Muhyiddin Yassin dan PN.
Untuk rekod, keahlian Syed Saddiq dan empat yang lain- termasuk Dr Mahathir Mohamad- dikatakan terhenti serta-merta daripada Bersatu, atas alasan alasan duduk di blok pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

0 comments:
Catat Ulasan