Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad menjelaskan
Nabi Muhammad SAW meninggalkan Makkah atas perintah dan tuntutan Allah
SWT, dan bukannya melarikan diri ke Madinah.
"Dalam kitab Fiqh
Al-Sirah dikaryakan Syeikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti yang
mentakrifkan hijrah di mana beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW
tatkala hijrah ke kota Madinah bukanlah bermakna Rasulullah melarikan
diri dengan hanya melarikan diri begitu, tetapi adalah atas perintah dan
tuntutan Allah SWT.
"Istilah hijrah berbeza sangat dalam
mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain," katanya
dalam sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau
menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak
Bernam) sama ada kenyataan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) yang dilapor
menyebut Nabi Muhammad SAW pernah menjadi ‘pelarian’ semasa sesi
perbahasan di Dewan Rakyat semalam, boleh diklasifikasi sebagai menghina
Rasulullah SAW.
Zulkifli
sebelum menjawab soalan itu turut memohon maaf kerana tidak berada di
Dewan Rakyat ketika Presiden Amanah itu membahaskan usul menjunjung
kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Menjawab soalan asal Mohd
Fasiah mengenai jumlah aduan diterima berhubung pihak yang menghina
Nabi Muhammad SAW, Zulkifli berkata Unit Pemantauan Isu Hina Agama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima dan menyaring 42,500
mesej aduan dalam media sosial sehingga 30 Jun lepas.
Beliau
berkata daripada jumlah itu, hanya 431 dikenal pasti sebagai aduan dan
83 pautan berkaitan telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan.
"Berasaskan aduan
yang dipanjangkan oleh JAKIM, pihak SKMM telah menjalankan penelitian
terhadap kandungan-kandungan tersebut dan ia diangkat untuk proses
tindakan lanjut di bawah peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998," katanya.
Zulkifli berkata pihaknya akan sentiasa
bekerjasama dengan SKMM, Polis Diraja Malaysia dan semua pihak
berkuasa agama negeri bagi mengekang aktiviti penghinaan agama.
Sementara
itu, beliau berkata usaha menyampaikan kefahaman mengenai keindahan
Islam kepada rakyat Malaysia akan dipergiat bagi memperbetulkan salah
faham, sekali gus meredakan kes-kes penghinaan yang mungkin berpunca
daripada silap faham terhadap ajaran Islam.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan