Menurut presiden Umno Zahid Hamidi parti itu telah menggugurkan saman ke atas sembilan orang ahli parlimennya yang bertindak keluar parti menyokong kerajaan PH dulu.
Alasan digunakan pengguguran itu kerana mereka telah bersama menjadi kawan Umno dalam kerajaan PN hari ini.
Apakah yang anda boleh tafsirkan dengan tindakan Umno itu?
Apakah ia menepati prinsip dan bermaruah atau kepentingan politik mengatasi prinsip politik mereka.
Mulanya sembilan orang MP itu sudah biadap dituduh dan dianalogikan dengan berbagai gelaran, katak, monyet dan sebagainya. Belek balik apa yang dikatakan, dikecam ke atas mereka oleh pemimpin Umno?
Tetapi apabila mereka kini bersama, sepakat untuk melakukan pengkhianatan melakukan kejahatan mereka dimaafkan, diterima sebagai kawan semula. Jadi dimanakah prinsipnya dan moralnya?
Apakah seseorang yang jahat itu kalau menyokong kita maka kejahatannya akan sirna?
Prinsip keadilan dan undang-undang tidak seperti itu, yang salah tetap salah selagi ia tidak dihukum kesalahan itu ditanggungnya.
Mengikut prinsip walaupun mereka sudah kembali berkawan, sepatutnya walaupun mereka menjadi kawan mengkhianati PH, tetapi tindakan mereka meninggalkan Umno itu tetap perbuatan keji, mereka patut disaman.
Saya bimbang kalau beginilah cara orang politik berkompromi dengan orang jahat, boleh menukar pendirian dan sikapnya, apakah hal sama akan dilakukan Muhyiddin Yassin terhadap lima atau enam orang wakil rakyat Umno yang sudah dituduh di mahkamah dengan berbagai kesalahan itu.
Kerana mereka sekongkol dengan Muhyiddin untuk menjatuhkan kerajaan PH, maka mereka juga dimaafkan seperti mana Umno atau Zahid maafkan sembilan wakil rakyatnya itu.
Apakah begitu? Trims.
0 comments:
Catat Ulasan