Usul Tukar Speaker : Ahli parlimen Umno/Bn ,Kamu bebas Mmebuat Keputusan
Hari ini Parlimen bersidang penuh. Hari ini juga beberapa ahi Parlimen dari UMNO/BN akan bertukar tempat duduk 22 bulan di sebelah kanan sebagai Pembangkang. Pagi ini sebelah kiri sebagai sebahagian Pemerintah@Kerajaan.
2. Kena difahamkan sekali lagi. Kerajaan Perikatan Nasional bukan satu Kerajaaan gabungan berbagai Parti dalam bentuk saperti Barisan Nasional, yang berdaftar secara sah dan ada stuktur organisasi. Ada Pengerusinya, ada Setiausaha Agung dan sebagainya.
3. Penyertaaan UMNO/BN tidak pernah di putuskan dalam mesyuarat tertinggi UMNO. Tidak ada pelawaan rasmi Parti yang mahu menubuhkan Kerajaan menjemput UMNO. Penubuhan Kerajaan yang hanya di buat dalam majis makan-makan meraikan perletakan Jawatan Dr Mahathir Mohamad secara mengejut sebagai Perdana Menteri dan di terima oleh Tuanku Yang Di Pertuan Agung.
4. Secara rasmi Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan dan percakapan mengatakan bahawa penubuhan Kerajaan baru salepas perletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad dengan menamakan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri atas budibicara Ahli Perlimen UMNO/BN memberikan sokongan tidak ada kaitan dengan keputusan kehendak UMNO.
5. Langkah Ahli Parlimen UMNO/BN mengambil langkah secara berjemaaah menandatangan
SD@surat akuan bersumpah dan bersetuju menunjukkan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kepada Tuanku Yang Di Pertuan Agung, adalah langkah yang di sokong oleh ahli UMNO kerana keperluan keputusan politik masa itu.
6. Keperluan politik masa itu. Memintas secara cepat Parti Pakatan Harapan menamakan semula Dr Mahathir Mohamad mendapat sokongan dinamakan semula sebagai Perdana Menteri. Kerana perletakan jawatan beliau masa itu untuk menguji kekuatan dan sokongan dari Partinya sendiri dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan.
7. Sokongan Ahli Parlimen UMNO/BN itu selaras dengan kehendak Ahli-ahli UMNO. Mereka tidak membantah atas sebab tiga tujuan yang memang itu perjuangan Ahli UMNO. 1. UMNO/BN menolak Dr Mahathir Mohamad berkuasa semula. Jika dia berkuasa semula salepas perletakan jawatannya, kuasanya akan melebihi dari kekejaman Firaun Ramses ke 2 yang mati di tengah Laut Merah yang mengejar Nabi Musa untuk dibunuh.
8. No 2. UMNO menyedari bahawa Dr Mahathir Mohamad tidak lebih dari 'barua' kepada Parti DAP. Dasar-dasar Malaysia Malaysian walau pun sesuai dari segi kontek membentuk Malaysia yang bersatu. Tetapi dasar itu mengancam kepetingan Melayu kata puak-puak nasionalis Melayu.
9. Sikap DAP yang bertindak macam keretapi laju merealisasikan Malaysia Malaysian itu tidak di senang oleh satengan pihak. Maka berlaku pro dan kontra. Dan dasar Malaysia Malaysian ada juga orang Melayu yang menyokong termasuk yang berpendidikan, malah ikut sama menjadi ahli DAP.
10. Dan isu nombor 3 sokongan Ahli Parlimen UMNO ialah lanjutan perjuangan UMNO lebih 22 tahun menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Walau pun dari segi apa akan berlaku bila Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, beliau mungkin tidak seburuk dan sezalim Dr Mahathir Mohamad menekan UMNO. Tetapi UMNO tetap konsistens menolaknya kerana menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, DAP akan masih berperanan dan akan melaksanakan dasar Malaysia Malaysian.
11. Berbalik kepada usul memberhentikan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Arif Md Yusuf kerana hendak mengantikan seorang Peguam yang juga ahli Parti PPBM. Sejarah Parlimen akan bertulis bahawa sekian lama Parlimen digunakan sebagai tunggak Demokrasi. Pertama kali Parlimen punya speaker yang tidak ada apa apa pengalaman yang dibanggakan.
12. 63 Tahun sistem berparlimen di Malaysia. Speaker Dewan Rakyat mempunyai Speaker yang penuh Intrigreti dari segi pelibatan dalam politik sebelum menduduk kerusi Speaker. Bermula dari Mohamad Noh Omar hingga Mohamad Ariff Md Yusuf, boleh dikatakan semua Speaker itu pernah menjadi Ahli Parlimen.
13. Calon Speaker yang Muhyiddin Yasin namakan ini telah melakukan perbuatan saperti anti Islam dengan beberapa tersenarai yang tidak selaras dan bertengan dengan Islam. Muhyiddin Yasin anak ulama. Setiap hari media kerajaan menyiarkan doanya. Tetapi apa sikapnya kepada calon Speaker ini?..
14. 1. Memberikan sokongan dan mempertahankan Pesta Arak Oktoberfest. 2. Memberikan sokonga trangender yang mana dalam Islam jelas sikap seorang Muslim terhadap trangender. 3. Memberi sokongan moral kepada G25 yang selalu mengkritik soal kepentingan Melayu. Dan group secular Sistem In Islam. Mempertikaikan Enakmen Jenayah Syariah. Dan beberapa tulisan soal Islam yang boleh dipertikaikan.
15. Dalam isu perlantikan Speaker ini, kita kena Melahat sikap Ahli Parlimen PAS. Adakah mereka akan menyokong seorang yang mempersendakan Perjuangan PAS? Jika mereka menyokong, ini memberi ruang kepada musuh-musuh PAS untuk mendedahkan kepada umum bila Pak Lebai ini dapat jawatan..segala al-quran dan kitab akan di simpan dalam almari, akan dibuka dan dibaca bila nanti tidak berkuasa dan tidak ada jawatan.
16. Kepada Ahli Parlimen UMNO. Hari ini, hari bodoh mereka. Sama sapert PAS, digula-gulakan dengan jawatan,terlupa semuanya. PPBM hanya tujuh Ahli Parlimen asal dari 13. Satu kalah di Tanjong Piai. 5 di pecat, tinggal 7. 1 Jadi Perdana Menteri. 2 Jadi Menteri 2 jadi Tim Menteri dan 2 Backbencer.
17. UMNO/BN yang punya kerusi teramai hanya sebagai Tim Speaker. Presiden UMNO jadi bisu dalam isu ini, mungkin masalah kes mahkamah dia memperlihatkan pekak dan bisunya, tidak berkata apa2. Jika Muhyiddin Yasin jujur sepatutnya Speaker mesti dari UMNO.
18. Kesimpulanya jika Ahli Parlimen UMNO/BN tidak mahu menyokong sebaliknya menolak pencalonan Muhyiddin Yasin dan usul ini gagal. Dia 'hero UMNO' dan itulah dia yang patut ahli UMNO namakan sebagai Presiden UMNO.
19. Perlu di ingat oleh Ahli Parlimen UMNO/BN, anda tidak boleh diambil tindakan kerajaan tidak mematuhi keputusan Ketua Whip. Kerana Kerajaan ini anda yang menubuhkannya bukan Parti UMNO/BN. Tepuk dada, tanyalah selera.
Sang Kelembai.
Kuala Lumpur.
0 comments:
Catat Ulasan