Apa sebab menteri tidak kuarantin wajib?

Pertikaian terhadap tindakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Turki, dilaporkan kerana ujian terhadapnya adalah negatif.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilapor telah menjalani ujian Covid-19 selama lima jam sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan didapati negatif.

“Beliau ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai zon hijau.

“Isu ini akan dijawab oleh pihak menteri sendiri dalam masa terdekat,” kata sumber seperti dipetik Harian Metro.

Semalam, kecoh apabila Teresa Kok (PH-Seputeh) mendakwa Khairuddin, 47, melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 kerana tidak melakukan kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas itu dilapor berkunjung ke Turki untuk lawatan tidak rasmi pada 3 hingga 7 Julai lalu dan hadir ke Parlimen enam hari selepas itu.

Ahli perniagaan tersebut yang sepatutnya perlu mengasingkan diri untuk tempoh 14 hari bagaimanapun dilihat hadir ke Parlimen pada 13 Julai lalu.

Perkara itu juga dipersoal Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) yang berkata jika dakwaan itu benar, tindakan menteri terbabit boleh dianggap tidak bertanggungjawab kerana di Turki sendiri mempunyai hampir 250,000 kes Covid-19.

Sementara itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) pula bingkas berdiri dan meminta tindakan diambil ke atas Mohd Khairuddin kerana tidak mematuhi SOP selain mendedahkan Parlimen kepada ancaman virus berbahaya.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan