Mengapa AMANAH Gagal Saingi Pas ?

Disebabkan perlu berehat beberapa hari kemungkinan kerana keletihan dan gastrik...tadi sempat la berbual dgn rakan dari Amanah berasal dari Kedah yg bertugas di Sabah. Pertemuan agak lama dan menyeronokkan kerana baru saya dpt mengesan mengapa mereka menyokong Tun walau pada asalnya kami ingin berborak mengenai keputusan PRN Sabah yg tertunda keputusan Mahkamah.

Disebalik itu saya ditanya oleh rakan tadi mengapa Amanah keahliannya agak perlahan berbanding dgn Bersatu sebelum ini.Sdgkan Amanah dianggotai oleh pemimpin2 yg dianggap hebat daripada PAS.

Kita bermula dgn perbualan mengenai pemahaman atau pengetahuan sahabat tadi mengapa dia bersetuju partinya menyokong Amanah.

Dia memanggil saya dgn panggilan Abang..." Abg tgk Tun sanggup tidak bersama TS Muhyiddin kerana tidak mahu menganiayai PH atau mandat rakyat...".

Bila itu hujah yg diyakininya barulah saya faham kenapa pemimpin (barangkali juga fahaman yg sama) Amanah dan ahlinya menyokong Tun. Mereka mengambil pendekatan akhir Tun kerana Tun menolak bekerjasama dgn Najib atau UMNO secara total. Maksudnya perancangan lari dari matlamat di saat akhir.

Sebab itu saya katakan dahulu sewaktu PR yg membongkar isu2 sulit kerajaan ia dtg dari parti PKR seperti kes 1MDB... bukannya pemimpin2 PAS. Ini kerana pemimpin2 PKR mempunyai sumber dalaman kerajaan yg membolehkan mereka mendapat maklumat yg dianggap rahsia.

Malah ramai intelektual pemimpin2nya membuatkan PKR diterima ramai golongan Melayu profesioanal atau Melayu bandar.

Saya beritahu kwan tadi tahu tak dia perancangan Tun ini bermula sejak PH menang lagi. Tun sejak awal lagi mahu menghancurkan PKR dan PH.

Saya tanya dia pernah dgr mesyuarat yg Tun pernah berkata dia tak suka DAP dan Anwar ? Dia kata tidak... patut la dan pesan saya padanya jngn jadi seperti penyokong PAS... kena perbanyakkan pengetahuan mengapa rakan parti PH menolak Tun.

Beritahu saya lihat bagaimana Tun tidak menghormati parti PKR yg menyerahkan nama2 pemimpin mereka utk diangkat menjadi Menteri Kabinet.

Malah beberapa rakan media sudah mengetahui perancangan Tun menolak dgn apa cara sekalipun Anwar menjadi PM. Dia mahu bekerjasama dgn pemimpin Umno tetapi menolak utk bersama Najib, Zahid, Ku Nan dan beberapa nama lagi.

Malah selepas itu mengapa Hishmuddin Hussein Onn yg dikatakan org tgh utk menarik MP2 Umno tidak didakwa sehingga skg. Mengapa Tun tidak pernah menyalahkan Azmin Ali yg merupakan individu yg dianggap perancang menjatuhkan PH dan PKR.

Bila disebut Sains Politik ada yg menyindir... hebat sangat ilmu Sains Politik kamu? Ia bukan bermaksud hebat tetapi adalah memahami tektikal atau seni politik kawan dan lawan. Mereka tidak mendengar video yg Tun mahu meninggalkan PH (dgn niat dan keadaan sedar).

Mengenai pendapat saya yg diajukan mengapa Amanah bukan sahaja gagal menyaingi PAS tetapi parti2 komponen PH sendiri dlm keahlian selepas 4 tahun lebih ditubuhkan.

Matematik politik di Malaysia ini mudah sebenarnya. Yg sukar apabila kita gagal memahami secara intelektual mengenai sikap bangsa Melayu khasnya.

Saya beri contoh org Melayu... jika anaknya gagal memohon belajar sekolah aliran Agama, ibu bapa tersebut tetap mencari altenatif memohon Sekolah Agama yg lain. Janji ia sekolah agama.

Begitu juga org Melayu kelas bawahan ini jika mereka mahu meninggalkan PAS mereka mahu melihat Amanah menghampiri ciri2 PAS. Jadi adakah Amanah dianggap org Melayu terutama kelas bawahan sebagai wadah baru mereka utk meninggalkan PAS.

Rata2 yg bersama PAS adalah Melayu yg berada di bandar sedikit. Contoh di tempat saya waktu PRU 14, saya difaham keahlian Amanah tidak sampai seribu ahli. Tapi MP Amanah dpt undian berbelas ribu. Mana dtgnya pengundi mengundi Dr Hatta?

Secara jujur di kawasan Lumut, Pemuda Bersatu jauh lebih hebat daripada Pemuda Amanah mahupun PKR. Sdgkan Amanah memegang ADUN dan Parlimen tetapi mengapa mereka gagal menguasai atau menarik anak2 muda di kawasan Lumut?

Saya melihat pendekatan Amanah tidak seperti diharapkan org Melayu luar bandar. Org Melayu mengharapkan ramai golongan Ustaz di dlm Amanah. Org Melayu mengharapkan peranan Penasihat Umum Amanah diletakkan tinggi dlm parti dan peranannya lebih berfungsi daripada dilihat sekadar mencukupkan posisi.

Kita lihat digambar dpt menggambarkan bagaimana kedudukan Datuk Ahmad Awang dlm mesyuarat ini. Lebih terhina lihat dimana Ustaz Abdul Ghani Samsudin duduk jauh di belakang... aduh. Kalau tak hormat jawatannya hormatilah ilmu agamanya.

Nampak remeh tetapi org Melayu ini sekadar Tok Siak jika ada majlis kenduri dia boleh duduk sebelah Tok Penghulu dan Tuan Rumah. Org luar melihat gambar ini seribu makna walau ahli Amanah boleh berkata pemimpin Amanah bukan seperti PAS dgn alasan begitu begini.

Org Melayu luar bandar mahu aktiviti2 agama jika bukan dimonopoli tetapi ia nampak kesungguhan. Patut Datuk Ahmad Awang dan Timbalannya diberikan kawasan bertanding sebagai ADUN utk dilantik menjadi Exco Agama dan sebagainya.

Peranan tokoh agama dlm Amanah dilihat kurang diberi peranan dan lebih tertumpu kpd golongan profesional. Jika di dlm PAS golongan profesional seperti dipinggirkan begitulah di dlm Amanah seolah peranan agamawan dipinggirkan.

Kemudian adakah Amanah byk melakukan aktiviti2 keagamaan sewaktu mereka menguasai kerajaan? Ada tapi tak nampak atau mungkin dilakukan atas kapasiti politik. Sebab itu saya katakan dulu Dr Mujahid itu bagus tapi sayang beliau seolah olah cuba jadi one man show.

Sepatutnya dahulu dia bekerjasama dgn tokoh2 agamawan. Patutnya dgn team Dr Asri yg ramai di kalangan mereka adalah intelektual agama diberi peranan (bukan bermakna saya setuju dgn tindakan beliau akhir2 ini).

Sebaliknya seolah mereka dipinggirkan... akhirnya sebagai manusia biasa mereka juga ada perasaan yg akhirnya mereka menjadi seteru Menteri Agama. Siapa yg rugi?

Sepatutnya diambil kelompok ini menjadi Penasihat Agama Kementerian. Biar soal2 agama isu berbangkit oleh puak PAS, kelompok ini menghadapnya apatah lagi mereka dilihat tidak berparti dan mempunyai pengetahuan agama yg baik... sayang PH bermusuh dgn ramai golongan yg dianggap agamawan oleh masyarakat Melayu.

Simple je org Melayu luar bandar ni... mari la dtg Ustaz dari kampung yg tak habis belajar berbelit serban dan panjang janggutnya jika berhujah atas nama agama dgn bekas Exco Agama Perak, Asmuni... ingat org Melayu percaya siapa?

Tentulah org kampung akan percaya yg berserban nampak alim tu daripada Asmuni walaupun Asmuni pun solat 5 waktu.

Alangkah baiknya Tuan Guru Ahmad Awang diberi kawasan bertanding... boleh lah beliau diangkat menjadi Exco Agama atau paling kurang dilantik menjadi Timbalan Menteri Agama atas kapasiti Senator. Lihat Menteri Agama skg walaupun jauh Dr Mujahid lebih berkemampuan tetapi imej dan latar belakang ilmunya, beliau dihormati.

Amanah saya lihat terlampau ke hadapan dlm membawa Islam Progresif. Maksud saya corak pendekatan mereka agak advanced, sasarannya salah sekaligus tidak byk membantu Amanah dan PH.

Khalid Samad contohnya dia berjaya kerana pengundi Shah Alam sejak zaman Ezam Mohd Nor sudah ramai menyokong PR atau PH. Shah Alam boleh dianggap kubu kuat PH. Andaikata PKR meletakkan calonnya di situ Khalid Samad akn hilang wang deposit. Sebab apa PH kuat di Shah Alam tak lain kerana ia didiami Melayu bandar atau Melayu intelektual.

Amanah ganti PAS itu antara slogan sesetengah rakan saya dari Amanah. Tapi adakah Amanah mempunyai ciri2 citarasa wadah Melayu luar bandar.

Amanah mesti ingat jika mahu mengganti PAS mereka mesti sasarkan pengundi luar bandar. PAS menguasai Melayu luar bandar atau negeri Kelantan dan Terengganu.

Tapi dilihat Amanah seperti mengambil jalan mudah cuba mengambil tempat Melayu PKR bertanding. Selangor saya lihat ia menjadi kubu kuat PKR serta WP. DAP peranannya menggantikan MCA dan menumpukkan kawasan dlm bandar dan negeri negeri PP.

Amanah sepatutnya bertanding di semua kerusi ditandingi PAS. Sasaran mereka kpd Melayu kawasan tersebut bukannya menumpukan kpd kubu PKR yg telah lama menguasai Melayu bandar.

Jika sekadar inginkan pemimpin Amanah di Parlimen dgn merampas kerusi PKR contohnya... ia tidak membantu utk kesan jangka panjang PH. Amanah dilihat sebagai penumpang yg seperti pogram skim cepat kaya.

Maksudnya setiap parti ada fokusnya. Fokus kpd kawasan penyokong PAS utk ditarik kpd Amanah. Amanah ada kekuatan di sesetengah kawasan. Mereka tak boleh berharap hanya utk menang hasil simpati pengundi DAP, PKR dan dulu Bersatu.

Mereka kena buat dari skg walau hasilnya mungkin 20 tahun lagi iaitu menarik pengundi Melayunkuar bandar. Jika PAS boleh berdiri sendiri tanpa mengharap pengundi UMNO, PKR dan DAP utk menang di Kelantan dan Terengganu.

Amanah kena mulakan dari skg... mulakan bina sekolah2 agama, ramaikan intelektual agama, pelbagaikan aktiviti agama... jika amalkan politik ala PKR dan DAP manalah org kampung nak tertarik utk bersama Amanah utk gantikan PAS.

Itu antara pendapat yg saya luahkan kpd kawan tadi yg bagusnya dia banyak mendengar dari berhujah. Dia bersetuju dlm tidak berapa berpuashati di riak wajahnya. Yelah dia berparti saya pula berhujah sebagai pemerhati politik. Jika saya sindir PKR pun org PKR akan berasa hati.

Lagi satu mungkin ia perkara remeh tapi sudah berlalu... sebenarnya logo dan warna Amanah ini tak membantu utk menarik minat org Melayu luar bandar. Warna oren ini tak sinonim dgn Islam dan org Melayu.

Manakala jika logo ini diletakkan di papan tanda kedai sukan Al-Ihsan saya pun tak perasan ia adalah logo sebuah parti Islam progresif sb saya lebih melihat Adidas.

Mcm tergesa gesa logo ini dibuat dahulu... kurang terkesan atau nak dibanggakan utk diarak oleh penyokong kerana identiti logo itu mengelirukan. Apa nak buat nasi dah jadi bubur. Apapun faktor ini mungkin kecil berbanding soal fokus parti ini tapi ia sedikit sebanyak merangkumi mengapa Amanah kurang diminati oleh Melayu luar bandar.

Terpulang kpd sesiapa terutama ahli Amanah mahu menerimanya kerana ia sekadar pandangan peribadi saya. Mungkin saya betul mungkin tidak. Saya mahu Amanah ganti PAS... bukan tahun ini tapi mungkin 20 tahun lagi utk membina keyakinan luar bandar dgn slogan Amanah ganti Pas yg teruk menjual agama ini utk tujuan politik.

Kredit FB Norman Radzuan
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan