Putrajaya mendedahkan senarai 101 kontrak kerajaan yang
diberikan oleh pentadbiran Pakatan Harapan melalui rundingan terus.
Dalam
satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz
berkata pemerolehan melalui rundingan terus dibenarkan di bawah Seksyen
6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) dan
pekeliIing-pekeliling perbendaharaan yang berkaitan.
Zafrul menjelaskan bahawa kontrak tersebut dibenarkan jika memenuhi salah satu daripada lima syarat, iaitu:
1.
Perolehan bekalan dan perkhidmatan metibatkan keperluan mendesak yang
mana jika perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera, ia boleh
memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara;
2.
Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan
(compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan baru yang
diperoleh;
3. Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu
pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan
daripada satu sumber sahaja,
4. Keselamatan/ strategik yang
melibatkan perolehan item atau perkhidmatan demi keselamatan atau
kepentingan strategik negara, atau;
5. Kontrak dengan syarikat pembuat (manufacturer) Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.
Kementerian Pengangkutan mendahului senarai dengan pemerolehan paling tinggi.
Antara
kontrak yang dirundingkan secara langsung adalah penganjuran Pameran
Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA'19),
pembaharuan pakej Annual Support & Upgrade perisian makmal kotak
hitam Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), pemerolehan membekal dan
menghantar toner/ink mesin pencetak/faksimili bagi kegunaan Jabatan
Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan dan sebagainya.
Contoh kontrak
yang melibatkan "keperluan mendesak" termasuk tiga kontrak katering yang
diminta Kementerian Dalam Negeri untuk menyediakan makanan halal untuk
anggota polis yang ditempatkan di Sri Maha Mariamman di USJ, Selangor
yang menjadi lokasi rusuhan pada akhir November 2018 dan protes terhadap
Konvensyen Antarabangsa untuk Menghilangkan Diskriminasi Kaum (Icerd).
Ketiga-tiga kontrak tersebut berjumlah RM498,871.70.
Kontrak
untuk perkhidmatan khusus termasuk RM29.9 juta yang diambil oleh
Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk hak menyiarkan Piala Dunia
Fifa pada 2018.
Kontrak rundingan terus ini biasanya akan diminta oleh kementerian tertentu dan ditandatangani oleh menteri kewangan ketika itu
.
Menariknya,
salah satu kontrak yang turut tersenarai adalah dari permintaan
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk membeli buku berjudul "A Better World volume 5: Actions and Commitments to the Sustainable Development Goals".
Berdasarkan senarai itu, tidak dapat dipastijan jika kementerian memperoleh banyak salinan buku atau hanya satu buku.
Jumlah keseluruhan yang dibayar untuk perolehan ini adalah RM21,022.86.
Buku mengenai matlamat pembangunan lestari PBB itu boleh dilihat secara dalam talian secara percuma di pautan ini https://www.tudor-rose.co.uk/our-brands/United-Nations.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan