Idea Husam Yang Boleh Difikirkan


Oleh Mohd Sayuti Omar

Dua subjek menarik dilontarkan oleh Husam dalam wawancara dengan Sinar Live tadi, pertama mengenai penjajaran semula kerusi untuk Amanah dalam Piraum akan datang, dan kedua membentuk set kepimpinan baru yang lebih diyakini rakyat.

Husam mencadangkan agar kerusi-kerusi milik parti PPBM sebanyak 13 kerusi dan kerusi dimiliki oleh aktor video kabur dan gengnya sebanyak 10 kerusi harus diagihkan di kalangan parti PH dengan Amanah diberi keutamaan.

Terutamanya kerusi yang sepatutnya diperuntukan kepada Amanah tetapi diberikan kepada PPBM atas semangat setiakawan seperti Titiwangsa hendaklah dipulangkan semula kepada Amanah. Sekiranya kerusi-kerusi itu dijajarkan semula, Amanah diyakini akan menang atau menambah kerusi pada Piraum akan datang.

Mengenai set kepimpinan semula pula perlu setelah Dr Mahathir yang sebelum ini menjadi tulang belakang pimpinan PH telah tidak bersama PH lagi. Kekosongan ditinggalkan oleh OT95 perlu diisi dengan menyusun semula kepimpinan PH untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Secara automatik Anwar mengisi tempat dengan pemimpin lain termasuk Mohamad Sabu dan lain-lain menjadi penimbalnya.

Dua subjek itu penting bagi Amanah dan ia boleh dijadikan mauduk utama untuk digarap dan diperkemaskan mulai sekarang. Subjek itu lebih penting daripada terus berusaha dan mengharapkan kepada OT95 dan parti baru Pejuang didaftarkan untuk merampas kembali kerajaan PH yang hilang itu. Trims.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan