Parlimen zon merah, Annuar cadang had jumlah kehadiran orang ramai



KUALA LUMPUR,  — Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar jumlah kehadiran orang ramai di kawasan sekitar parlimen dikurangkan.

Cadangan itu dibuat selepas kawasan parlimen kini diklasifikasikan sebagai zon merah susulan terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas dewan.

“Dah ada kes positif staf parlimen hu hu. Tolong kurangkan jumlah orang di parlimen. Boleh ikuti sidang dari ruang bilik berbeza. Sidang perlu diteruskan walau parlimen kini zon merah (Pusat Kesihatan Kepong,” katanya di media sosial, hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan usul menangguhkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 sehingga jam satu petang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan membuat usul itu kira-kira jam 12 tengah hari di Dewan Rakyat.

Usul itu dibuat berikutan beberapa kakitangan Dewan Negara dilaporkan positif Covid-19.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan