Pemuda AMANAH saran 30 peratus gaji menteri, timbalan dipotong


Pemuda AMANAH Nasional mengingatkan kerajaan perlu melakukan inisiatif termasuk memotong 30 peratus pendapatan bulanan menteri dan timbalan menteri bagi membantu rakyat terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, rakyat perit untuk membayar bil utiliti, sewa dan pelbagai hutang akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, pengumunan dasar kerajaan dalam menangani Covid-19 yang dilakukan secara mengejut pada saat-saat akhir memberi kesan kepada keyakinan rakyat terhadap masa depan mereka.

Kesakitan pada sendi anda akan hilang selamanyaKetahui lanjut!

“Jangkaan kasar pendapatan bulanan Perdana Menteri sebanyak RM104,841.65 dan sebanyak 30 peratus daripada jumlah ini boleh dipotong untuk disalurkan ke tabung bantuan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, cadangan pemotongan dengan kadar 30 peratus itu amat penting untuk membuktikan kesediaan membantu rakyat bukan sekadar retorik.

“Malah, kerajaan Pas Kelantan yang meluluskan kenaikan gaji baru-baru ini juga boleh dipotong sebanyak 30 peratus sehingga pandemik Covid -19 dapat dibanteras sepenuhnya,” kata Shazni lagi.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan