KUALA LUMPUR: Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) merekodkan seramai 99, 696 pekerja diberhentikan antara Januari hingga 27 November lalu akibat kesan penularan COVID-19.
Timbalan
Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, pembuangan pekerja itu
termasuk melibatkan golongan berkemahiran tinggi, masing-masing
membabitkan kategori pengurus seramai 13,109 orang; profesional (26,079
orang) dan juruteknik serta profesional bersekutu (19,095 orang).
Katanya, kategori tersebut merupakan kalangan pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke atas.
Jelas
beliau lagi, beberapa faktor telah dikenal pasti menjadi punca kepada
pemberhentian pekerja termasuk pemgambil alihan dan penutupan syarikat
serta masalah kewangan kritikal.
“Faktor-faktor
tersebut disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh semua industri
secara global disebabkan pandemik COVID-19 yang di luar kawalan.
“Ini
menjawab persoalan YB Ipoh Barat (M. Kula Segaran) berkenaan mengapa
seramai 81,217 pekerja telah kehilangan pekerjaan walaupun Program
Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) telah
dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan
Bagi Jawab Lisan, di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Terdahulu,
M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) meminta kementerian menyatakan
mengenai kegagalan PSU dalam menyenaraikan pekerja golongan pengurusan
sebagai penerima subsidi upah sedangkan statistik menunjukkan secara
jelas bahawa 59 peratus kadar pengangguran membabitkan kalangan pekerja
berkemahiran tinggi.
Mengulas lanjut,
Awang berkata, bagi golongan pengurusan yang diberhentikan kerja, mereka
masih diberi perlindungan di bawah Akta SIP [Akta 800] .
“Ia
tertakluk had gaji maksimum RM4,000. Ini bermakna pekerja-pekerja yang
bergaji melebihi RM4,000 termasuk golongan pengurusan akan mendapat
faedah seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP),” ujar beliau.
Dalam
masa yang sama, Awang berkata dianggarkan 75 peratus daripada jumlah
keseluruhan pekerja yang dibuang adalah daripada golongan B40 yang
berpendapatan RM4,000 ke bawah.
“Oleh
itu, PSU yang diperkenalkan untuk membantu pekerja yang paling terkesan
dalam kalangan B40 manakala golongan pengurusan yang diberhentikan kerja
masih diberi perlindungan di bawah Akta SIP (Akta 800) tertakluk had
gaji maksimum RM4,000.
“Ini bermakna
pekerja-pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 termasuk golongan
pengurusan akan mendapat faedah seperti Elaun Mencari Pekerjaan,” jelas
beliau lagi.
0 comments:
Catat Ulasan