Selepas hampir sebulan darurat diistiharkan, antara hasil utama yang diperolehi adalah, “semua dapat datuk”.
Inilah yang disebarkan oleh netizen berikutan 111 menerima gelaran datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari semalam.
“Pencapaian selepas umum darurat, kes Covid-19 naik, pengangguran naik, harga barang naik, semua dapat datuk”.
Itulah bunyi satu poster yang disebarkan di media sosial.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan 111 mendapat gelaran datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Dari 111 itu, enam orang diberikan gelaran Datuk Seri Utama, 24 Datuk Seri dan 81 Datuk.
Antara yang menerima gelaran Datuk Seri Utama adalah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail di samping Yang Dipertuan Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam.
Hampir kesemua timbalan menteri dari Pas turut mendapat gelaran ‘Datuk’ kali ini.
Jumlah yang mendapat gelaran datuk tahun ini dikira melampau kerana pada tahun lepas hanya 28 sahaja mendapat gelaran datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Menjadi tradisi pada setiap sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari, Yang Dipertuan Agong akan mengurniakan pingat-pingat kebesaran kepada pelbagai pihak.
Menteri Wilayah Persekutuan mempunyai kuasa utama dalam menentukan siapakah penerima gelaran ini.
0 comments:
Catat Ulasan