‘Saya tak tahu bahasa apa lagi nak fahamkan Mahiaddin’


 Titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu berkenaan perlunya kerajaan bersidang sesegera mungkin menggambarkan bahawa Perikatan Nasional (PN) sedang mengalami krisis kepercayaan bukan sahaja dari rakyat, bahkan dari institusi diraja.

Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Seri Mahfuz Omar berkata, kerajaan tidak boleh lagi menanti sehingga September atau menunggu setelah imuniti kelompok dicapai untuk membuka Parlimen.

Ini kerana katanya, isu imuniti kelompok tidak harus dijadikan alasan penggantungan Parlimen kerana hakikatnya sektor-sektor ekonomi termasuk perkilangan, masih boleh beroperasi dengan sebahagian besar pekerja masih tidak mendapat suntikan vaksin.

“Bagaimana sektor kilang dan ekonomi boleh dibuka sedangkan Parlimen kena menanti sehingga imuniti kelompok dicapai?

“Saya tak tahu bahasa apa lagi yang dapat memahamkan Muhyiddin. Saya fikir kalau ikut bahasa raja lawak dan pengacara hari ini, sudah tentu dia cakap ‘lu fikir lah sendiri’.

“Tapi bahasa istana sangat cermat, dia beri signal supaya Muhyiddin boleh memikirkan tentang apa yang berlaku dalam negara. Ini juga mencerminkan bahawa Muhyiddin dan kerajaan PN sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan,” katanya dalam satu siaran langsung di Facebooknya malam tadi.

Sementara itu Mahfuz berkata, sekiranya Mahiaddin masih berdegil mahu mempertahankan kuasanya sebagai Perdana Menteri, beliau perlu bersedia untuk memanggil sidang Parlimen segera.

Mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Mahfuz berkata Yang di-Pertuan Agong tidak perlu menyatakan bila tarikh sepatutnya untuk PN buka kembali Parlimen.Sebaliknya beliau berkata, ia adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan Kabinetnya sendiri untuk berunding dengan Speaker Dewan Rakyat mengenai tarikh sesuai dan segera mencadangkannya kepada Agong.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan