Pas sah bertanding di PRN12 Sarawak


Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Malah, beliau memaklumkan akan memutuskan jumlah kerusi setelah berunding bersama Pas Sarawak.

“Perundingan itu dijadualkan berlangsung bersama Pas Sarawak pada hujung minggu ini sekali gus memutuskan jumlah kerusi yang bakal ditandingi nanti.

“Pas yakin pengundi Sarawak akan memberi undi kepada calon yang diturunkan terdiri daripada anak Sarawak dari pelbagai bidang kepakaran dan ketokohan,” jelasnya dipetik dalam Harakahdaily.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar lebih terbuka dalam kempen dan gerak kerja PRN.

Katanya, hal ini berikutan situasi liputan media yang dilihat sangat terbatas di Sarawak yang menyukarkan penggunaan media baharu dalam kempen.

Selain itu, beliau turut melahirkan rasa dukacita dengan kenaikan mendadak tiket penerbangan ke Sarawak, dan mengganggap hal sedemikian tidak sepatutnya berlaku.

Pas diuar-uarkan akan bertanding di 11 kerusi  iaitu di DUN Kemena, Beting Maro, Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan