‘Mungkin buat rekod sekali lagi banduan dianugerah jawatan Perdana Menteri

Puad Zarkashi berkata kononnya saya cuma tahu perkataan kleptokrasi sahaja. Tidak benar. Saya guna banyak perkataan lain. Saya juga guna perkataan penyangak, pencuri, kawaq, perasuah.

Sekarang Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) sudah sahkan keputusan Najib bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi (High Court).

Oleh kerana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, banduan Najib tidak akan menjalani hukuman kerana Najib membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan (Federal Court).


Ini hak hakim. Belum pernah ada kes sebesar jenayah yang dilakukan oleh Najib. Ia adalah satu rekod dunia, mengikut Department of Justice (DOJ), Amerika Syarikat.

Orang yang didapati bersalah kecil pun tidak pernah mendapat stay of execution seperti ini. Najib mungkin terpaksa tunggu sampai setahun atau lebih sebelum kesnya sampai ke Mahkamah Persekutuan.

Di masa itu, ia bebas seperti orang yang tidak bersalah. Kalau semasa menanti ia dibenar terus jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia juga dapat bertanding dalam PRU-15.

Jika ia menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia boleh jadi Perdana Menteri juga.

Undang-undang tidak berkata ia tidak boleh. Jika undang-undang tidak berkata tidak boleh, maka mengikut undang-undang tentulah ia boleh.Alhamdulillah. Malaysia mungkin buat rekod sekali lagi kerana banduan dianugerah jawatan Perdana Menteri.

Segala-gala the Rule of Law dihormati.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. as shik al melayu al bengong al boleh dijual beli al jual maruah negara

    BalasPadam