PETALING JAYA: DAP menutup pintu kerjasama dengan Bersatu dan PAS selepas tidak lagi mempercayai kedua-dua parti itu yang didakwanya bersikap “tikam belakang”.
Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata beliau menolak kerjasama dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu menjadi antara penggerak Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.
“Kalau dia nak jumpa, saya pun tak akan terima. Kita kena tikam belakang, kita jangan terpedaya lagi.
lau dekat Parlimen, sembang-sembang tak apalah, tetapi untuk bincang isu bagi kerjasama, tak ada. Saya pun tak akan terima, tutup pintu,” katanya menurut Utusan Malaysia.Kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah apabila Bersatu keluar dan menarik sokongan terhadap gabungan itu susulan Langkah Sheraton yang turut mendapat sokongan PAS dan Umno.
Baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Pejuang, Mahathir Mohamad, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Shafie Apdal mendedahkan Muhyiddin ada berjumpa dan menghubungi mereka untuk mendapatkan sokongan menjadi perdana menteri ke-10.
Mengulas lanjut, Lim berkata, DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya.
“Satu ketika dia cakap kita nak buat sesuatu tetapi kerana DAP ada (dalam Pakatan Rakyat), tak boleh buat. Tapi sekarang DAP tak ada (dalam PN), dia pun tak buat.
“Contohnya, cabutan khas (nombor ekor). Kita (PH) kurangkan daripada 22 kepada lapan, (sekarang) tambah balik kepada 22. Ada satu defisit (kekurangan) kepercayaan yang agak tinggilah. Jadi sukar untuk kerjasama dengan PAS sekarang,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan