PAS bermimpi raih sokongan pengundi atas pagar, kata penganalisis

 


PETALING JAYA: Seorang penganalisis berkata, PAS “bermimpi” jika percaya ia mampu memenangi hati pengundi atas pagar dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Felo Majlis Profesor, Jeniri Amir berkata, sangat sukar untuk parti Islam itu meraih sokongan pengundi Cina, serta Sabah dan Sarawak, lebih-lebih lagi selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata, golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera yang menjadi punca rasuah di negara ini.

“Tidak mungkin PAS boleh menang lebih 18 kerusi yang dimenanginya pada PRU lalu.

“Akan berlaku terlalu banyak pertandingan berbilang penjuru dalam kalangan parti berasaskan Melayu dan selagi PAS tidak bekerjasama dengan Umno, ia tidak boleh memenangi lebih banyak kerusi,” katanyaSemalam, Hadi dilaporkan berkata, PAS akan cuba memikat pengundi atas pagar dan bukan Islam dalam PRU15. Katanya, parti Islam itu telah menembusi “tembok perkauman” melalui sayap penyokong bukan Islamnya.

Memberi contoh DAP meletakkan calon India di kawasan majoriti Cina, katanya, tiada sebab PAS tidak boleh mendapat sokongan pengundi Cina.

Seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan Hadi bahawa parti itu berjaya merapatkan jurang antara orang Islam dan bukan Islam.

Katanya, PAS mungkin tidak berjaya meyakinkan pengundi atas pagar.

“Persepsi PAS telah dibina selama beberapa tahun. Memenangi hati pengundi atas pagar beberapa bulan sebelum pilihan raya tidak mungkin berlaku dalam sekelip mata.”

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan