PAS dijangka buat keputusan hubungan dengan Bersatu, Umno minggu depan

 


PAS dijangka memuktamadkan keputusan berhubung isu antara kerjasama dengan Umno atau Bersatu, kata mursyidul amnya Hashim Jasin.

Hashim berkata Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid Hamidi dan Muhyiddin Yassin dan perkara itu kini sedang dibincangkan dalam parti.

Keputusan kemungkinan minggu depan," katanya seperti dipetik FMT.

Hashim berharap keputusan positif akan dicapai iaitu penyatuan bagi menentang PH.

“Ya, masing-masing akan buat keputusan. Kita akan bertemu dan ambil kata sepakat apa dia. Sama ada teruskan MN ataupun sebaliknya, tapi PAS harap kita akan bersatu (PAS, Umno dan Bersatu)," katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin yang merupakan pengerusi Bersatu berkata PAS telah memberi bayangan akan membuat keputusan mengenai hala tuju parti bersama Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Terdahulu, dia yang juga pengerusi PN mengisytiharkan Umno dan BN sebagai musuh utama dalam PRU akan datang - pendirian yang berbeza dengan PAS.

PAS antara lain berpandangan penyatuan ketiga-tiga parti Melayu-Islam itu akan menjadi asas kepada kerajaan yang kuat dan stabil.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan