Kebajikan Umat Islam Sememangnya Terbela Di Pulau Pinang


Oleh Hayar Hassan

Menjelang hari mengundi PRU 15 yang jatuh pada 19 November 2022 nanti, maka tersebar luaslah fitnah-fitnah kepada Kerajaan PH Pulau Pinang di media sosial. Hantaran-hantaran negatif banyak beredar di media sosial seperti What’App(WA), messenger, U Tiub, Tik Tok dan sebagai nya.

Sebagai orang Pulau Pinang, Saya ingin menjelaskan bahawa tiada apa-apa pun langkah dan tindakan Kerajaan PH yang merugikan rakyat Melayu Islam di Pulau Pinang.

Sewaktu PRU 14 lalu, PH Pulau Pinang telah menjanjikan 68 manifesto. Mengikut kenyataan Pejabat Ketua Menteri, 90 % daripada manifesto tersebut telah dapat ditunaikan. Terdapat beberapa pencapaian yang menyangkut Hal Ehwal Islam.

Berikut adalah beberapa pencapaian-pencapaian nya:-

1. Menyediakan Pusat-Pusat Dialisis di Balik Pulau, Seberang Jaya, Tasek Gelugor dan Masjid At-Taqwa, Bertam. Pusat-pusat dialisis ini diuruskan oleh Zakat Pulau Pinang. Setiap warga miskin diberikan subsidi sebanyak RM 30.00 setiap lawatan. Ramai pesakit diabetes Melayu dan beragama Islam menerima manfaat dari Pusat-Pusat Dialisis ini. Pusat-Pusat Dialisis ini dibuka setiap hari waktu bekerja.

2. Memantap dan mempertingkatkan institusi Zakat Pulau Pinang dengan meningkatkan kutipan serta agihan secara efektif bagi membasmikan kemiskinan dan memajukan ummah. Jumlah kutipan zakat mulai tahun 2018 hingga 2021 adalah sebanyak RM 519,236,694.49. Jumlah sumbangan zakat bagi tempoh yang sama adalah RM 481,323,728.91 kepada 149,809 penerima zakat.

3. Skim Inapan Kasih, yang merupakan Skim Bantuan Bina Rumah. Skim ini bertujuan untuk membantu golongan Asnaf Fakir Miskin memiliki rumah yang lebih baik. Kos pembinaan rumah adalah RM 72,000.00 sebuah. Syarat utama ialah tanah itu dimiliki oleh asnaf berkenaan. Bagi tahun 2020 dan 2021, sejumlah RM 3,978,166.55 telah diagihkan kepada 121 asnaf yang layak.

4. Membangunkan tanah-tanah wakaf Pulau Pinang. Sehingga kini, terdapat sejumlah 1,303 lot tanah wakaf berkeluasan 1,269.22 ekar di Pulau Pinang(berdasarkan rekod MAINPP). Setakat ini 45 lot berkeluasan 45.34 ekar telah dibangunkan dan menyediakan 457 unit kediaman dan 174 unit komersial.

5. Memajukan tambahan 100 ekar di Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan 200 ekar tanah untuk pembangunan Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang(TPHPP) di Bukit Minyak. Fasa 1 telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 484 juta melalui 10 syarikat. Fasa 2 TPHPP berjaya menarik 21 syarikat dengan nilai pelaburan sebanyak RM 242.76 juta. Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang telah menerima pengiktirafan status HALMAS daripada Halal Industri Development Corporation (HDC).

6. Mewujudkan Institut Syed Sheikh Al-Hadi bagi tujuan penerbitan, kajian dan mempromosikan konsep Islam sebagai rahmatan-lil-alamin. Institut ini berjaya ditubuhkan dengan nama Al-Hady Centre dan diposisikan di bawah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang(KITAB).

7. Menubuhkan Pusat Harmoni yang bernilai RM 3 juta sebagai pejabat untuk menyelaras dan memudah cara hal ehwal agama selain Islam.

8. Menjadikan Pulau Pinang pusat kecemerlangan pendidikan Islam dan pusat pembangunan intelektual Islam. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan Agenda Membangun Khaira Ummah 2030. Pelaksanaan KAFA Menengah yang telah dirintis pada tahun 2019. Pelaksanaan “ Pulau Pinang Mengajar”. Mengangkat KITAB menjadi sebuah universiti terkemuka menjelang 2030. Kampus tetap KITAB akan diwujudkan di Bandar Akasia(Batu Kawan). Merealisasikan kewujudan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang di Lintang Sungai Ara, Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Pada waktu ini dalam peringkat akhir melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembinaan. Sekolah ini akan dibangunkan dengan kerjasama antara Yayasan Islam Pulau Pinang(YIPP) dengan sebuah sekolah Islam antarabangsa di Cyberjaya.

9. Pembinaan Hospital Islam di Bayan Baru, Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sebidang tanah disebelah Masjid Jamek Bayan Baru. Pada waktu ini Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang selaku Pengurus Projek sedang menyediakan Pelan-Pelan Tata Atur dan perincian bangunan-bangunan nya. Demikian lah beberapa usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam membangunkan masyarakat Islam. Tidak benar segala fitnah dan tohmahan jahat yang telah dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan bahawa umat Islam Pulau Pinang telah diabaikan .

Semasa Kerajaan Pakatan Rakyat(PR) terbentuk di Pulau Pinang di mana Pas masih lagi berada dalam PR, Kerajaan PR waktu itu telah menyalurkan bantuan kewangan untuk pembinaan beberapa buah Sekolah Islam di bawah kelolaan aktivis-aktivis PAS seperti Sekolah Rendah Islam Permatang Nibong. Para imam, bilal, siak, guru-guru Al-Quran dan hufas pernah diberikan insentif secara bayaran tahunan sebelum Aidil Fitri. Insentif ini masih tetap diberikan walaupun Pas sudah tidak bergabung dalam PH.

Dari sudut syiar Islam pula, masjid dan surau telah diarahkan untuk mengalunkan azan solat subuh sebanyak 2 kali seperti yang telah diamalkan di Masjidil Haram Mekah dan Masjidil Nabi di Madinah. Adalah tidak benar sama sekali kalau ada pihak yang menyatakan bahawa suara azan sudah tidak boleh dikumandangkan di Pulau Pinang. Bertanya lah kepada penduduk-penduduk Pulau Pinang sendiri. Azan tetap dikumandangkan untuk setiap waktu solat.

Begitu juga dengan kuliah-kuliah agama. Banyak masjid-masjid di negeri ini mengadakan kuliah-kuliah Magrib setiap hari. Ramai daripada ustaz-ustaz yang memberikan kuliah ini adalah aktivis-aktivis PAS daripada Pulau Pinang, Kedah dan Perak . Jangan terperanjat kalau Saya katakan bahawa pada waktu ini terdapat sekitar 10 buah Masjid Jamek di Pulau Pinang ini mempunyai AJK Qaryahnya terdiri daripada aktivis-aktivis PAS. Malahan Pengerusi Qaryahnya adalah terdiri daripada orang-orang PAS!. Begitu lah senerio nya bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyantuni semangat demokrasi dan kepelbagaian perbedaan pendapat.

Semoga secebis catatan ini dapat memberikan sedikit pencerahan dan gambaran sebenar terhadap kesuburan Islam di Pulau Pinang. Datang lah ke Pulau Pinang dahulu dan hadirkan diri anda ke kuliah-kuliah magrib dan suboh, sebelum melemparkan tohmahan yang tidak berasas.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan