Palestin seru dunia kenakan sekatan ke atas Israel

 


RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menegaskan, konsensus antarabangsa mengenai penubuhan negara Palestin perlu diterjemahkan menerusi langkah-langkah praktikal merangkumi ke arah menamatkan pendudukan dan dunia perlu memulakan sekatan ke atas Israel kerana pencerobohan berterusan, penjajahan, pendudukan dan penolakannya terhadap keamanan.

Berucap pada mesyuarat mingguan Kabinet Palestin di Ramallah semalam, beliau berkata, terdapat gerakan antarabangsa yang penting di sekitar penyelesaian dua negara itu dan dunia tidak harus memberi perhatian kepada Netanyahu dan kerajaannya yang menolak penyelesaian.

Katanya, dunia juga harus berusaha untuk menamatkan pendudukan, mengiktiraf negara Palestin secara dua hala dan mengundi Palestin untuk menjadi negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Dasar jenayah pembunuhan Israel masih meragut nyawa orang awam yang tidak bersalah di Semenanjung Gaza, malah bantuan yang diberikan sangat sedikit dan tidak memenuhi keperluan orang ramai.

"Malah, penyakit kini mula merebak dan ribuan kes hepatitis dan penyakit lain sudah direkodkan, ketika musim sejuk berlaku serta ketiadaan tempat perlindungan yang sesuai," katanya.

Shtayyeh berkata, bekalan air dan elektrik masih terputus, rangkaian komunikasi terganggu dan akhbar antarabangsa masih dihalang daripada sampai ke Semenanjung Gaza, termasuk akhbar Palestin sendiri.

"Kini jumlah mangsa, termasuk yang terbunuh, cedera, orang hilang dan tahanan sudah mencecah kira-kira 100,000 dengan 70 peratus daripadanya terdiri kanak-kanak, wanita dan orang tua.

"Sejumlah 18 tanah perkuburan digali di Semenanjung Gaza, di Tebing Barat pula Israel terus membunuh rakyat Palestin, terutama di kem dan di semua kawasan wilayah Palestin, di mana jumlah rakyat Palestin yang terbunuh sejak awal tahun lalu mencecah kira-kira 523, termasuk 22 yang dibunuh oleh kumpulan penjajah itu," katanya.

Beliau berkata, situasi di Gaza dan Tebing Barat perlu dihentikan dengan pembunuhan dan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin.

Menyentuh mengenai kewangan, Perdana Menteri itu berkata, kerajaan Israel kini meluluskan pemindahan peruntukan wang yang 'dibelanjakan di Semenanjung Gaza ke Norway dengan syarat wang itu dimasukkan ke dalam akaun khas di negara terbabit dan menetapkan ia tidak akan dipindahkan kepada pihaknya.

"Norway memutuskan untuk mengambil tugas ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Bantuan Antarabangsa untuk Palestin," katanya. - AGENSI

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan