Pemimpin Jumaáti Islami Pakistan Temui Pemimpin Amanah

Oleh Mohd Sayuti Omar

Hubungan persaudaraan Husam Musa dengan beberapa orang peserta di Ijtima' Perpaduan Kerlantan 2017 tidak pernah putus walaupun bekas Naib Presiden Pas itu tidak lagi bersama parti asalnya.

Dalam perjalanan pulang dari ijtima itu beberapa peserta dari Juma'ati Islami Pakistan dan Kashmir sempat berjumpa dengan Husam dan beberapa rakan lain di Kuala Lumpur sebelum berlepas pulang.

Perjumpaan mereka itu tidak pelik kerana anggota jemaah berkenaan sudah lama mengenali Husam dan pemimpin lain Pas serta sering berurusan.

Salah seorang daripada mereka ialah Sheikh Abdul Ghafar Aziz yang juga merupakan setiausaha kepada Juma'ati Islami Pakistan.

 Katanya anggota ijtima' itu memberi tahu yang mereka tahu kedudukan dan suasana politik negara ini termasuk perubahan dalam Pas kini, dan Husam kini antara pemimpin parti Amanah.

Penerimaan dan perasaan mereka kepada Husam dan yang lain tetap seperti dahulu walaupun mengetahui Husam sudah bertukar wadah. Mereka juga berpegang bahawa parti politik bukan agama, tetapi ia adalah sebahagian alat untuk memperjuangkan agama.

Perkara itu ada dicatat dalam perlembagaan Juma'ati Islami itu yang merupakan sebuah badan siasah Islam terbesar di Pakistan.

Mengenai ikrar bai'ah yang menjadi isu dalam Pas, jumaah itu menganggap ia sebagai sesuatu yang 'majnum.." Trims.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan