PRU14 : PAS Tawan Kedah ,Hanyalah Mimpi Mainan Tidur

Oleh Sulaiman Ibrahim

Kenyataan dari pimpinan PAS bahawa "PAS tawan kedah PRU14" ibarat mainan mimpi yang yang tidak membasuh kaki sebelum tidur.

Kajian menunjukan bahawa , PAS tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat bawahan setelah pengalaman mereka 5 tahun dibawah pemerintahan selepas PRU12 .Mandat undian dan sokongan rakyat kepada PAS sudah jauh ditinggalkan dan dinilai oleh orang orang kampung sekarang.

Pada zaman pemerintahan PAS ramai agamawan telah tidak bersetuju dalam urus tadbir PAS yang banyak bercelaru diwaktu itu..

1) Kedai Judi - Tidak ditutup terus ataupon secara berperingkat seperti yang dijanjikan oleh penceramah2 PAS yang terdiri dari golongan ustaz yang lantang ingin menjalankan gerak kerja islam semasa penerangan kepada rakyat.

2) Isu penebangan Balak - Pencemaran yang berleluasa melibatkan air sungai yang bersih telah tercemar hasil dari ketidak cekapan urus tadbir pemerintahan PAS.

3.Isu air - tidak diselesaikan dengan baik walaupon sebelum PAS mengambil alih penerintahan negeri Kedah mereka mengkritik kerajaan yang terdahulu tetapi tiada perlaksanaan pembaikan dibuat.

4.Kerugian pelaburan - kerugian dialami syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara. segala ketirisan dan kerugian yang dilaporkan itu tidak boleh ditutup kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar.

5.Kerugian perniagaan - Projek ternakan ikan keli (Keli-K) yang dibangunkan oleh Kerajaan Pas Kedah di Sungai Pau, Sik menanggung kerugian hampur RM400,000 akibat berdepan masalah pada peringkat awal pelaksanaan.

Rakyat tidak akan merasai pembangunan dan kemajuan di pelusuk pedalaman sekiranya memilih PAS pada PRU14 kelak sebaliknya kerugian yang amat besar dengan memberikan undi kepada PAS yang lazimnya mereka bukan ingin memegang tampuk pemerintahan negara bagi memperbaiki islam diperingkat atasan.

PAS hanya ingin menguasai negeri dengan sokongan penyokong tegarnya untuk perpecahan undian kepada PH bagi menghalang tertubuhnya kerajaan baru Pakatan Harapan yang betul2 ingin memperbaiki sistem ekonomi, pendapatan rakyat dan memberikan urus tadbir yang lebih baik dari kerajaan UMNO/BN sekarang.

Himpunan himpunan yang PAS anjurkan sekarang ialah melibatkan skala yang besar melalui peringkat nasional dan Negeri tetapi untuk diperingkat kawasan ,PAS terpaksa akur bahawa sokongan kepada PAS sudah mula lemah.sebagai contoh..

A)Sokongan dari akar umbi yg kurang bersama PAS dan mengambil jalan mendiamkan diri.

B)Penyokong PAS banyak berbelah bagi untuk menghadiri program kawasan oleh kerana sudah muak dengan permainan politik PAS.

C) Ramai penyokong PAS sudah beralih arah dikawasan pedalaman tapi takut untuk menyatakan sokongan oleh kerana sifat pulau memulau masih lagi bergiat aktif dikawasan kampung .

Sehubungan dengan itu , melihat dari kenyataan angkuh pimpinan PAS sekarang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dinegeri Kedah dilihat hanyalah retorik politik untuk menutup kesilapan dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan PAS terhadap rakyat.

Fakta yang jelas dimana , PAS sudah banyak yang berpecah, terpaksa menutup cawangan dan ada sesetengah kawasan masih lagi tidak dapat menjalankan mesyuarat agong pemuda oleh kerana kekurangan sokongan orang muda.Fikirkan bagaimana PAS akan memerintah negeri kedah sedangkan akan berlakunya 3 penjuru diwaktu pilihanraya dan PAS tidak bergabung dengan parti pembangkang yang lain untuk mencapai kemenangan terutamnya sokongan dari kaum siam,cina dan india yang umum sudah mengetahui bahawa pemerintahan dan mendapatkan kuasa haruslah mendapat undian dari pelbagai kaum bukannya hanya pada satu kaum.

Hanya ada satu jalan untuk PAS merealisasikan impian mereka iaitu dengan cara PAS mestilah bergabung dengan UMNO walaupon PAS tidak memasuki BN,tetapi dengan berkonsepkan politik taawun ,maka PAS akan dapat menakluki negeri kedah dengan membahagikan kerusi antara UMNO dan PAS bagi meneruskan konsep taawun yang diamalkan.

Sulaiman Ibrahim
Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan