Asalkan Bersama Pakatan Harapan, SIlakan !

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Ketika dia jadi Pengerusi Lajnah Pertanian Pas Pusat, dia pelawa saya utk sertainya dalam lajnah itu. Katanya, dia pilih saya kerana saya pernah jadi Pengerusi Lajnah Pertanian DPP Pusat.

2. Katanya juga, dia tertarik dgn dua artikel saya tentang nelayan di Perak yg tersiar dalam Harakah. Sayang, saya tidak dapat bersamanya kerana komitmen mencari nafkah kehidupan selepas disisih drpd senarai murabitun Pas Perlis ketika itu.

3. Ahad kelmarin, dia memilih utk bersama PH melalui PPBM. Asalkan bersama PH, silakan. Pas Kedah kehilangan seorang lagi "jurutera" politik selepas mereka kehilangan seorang jurutera (Pahrolrazi) dan seorang doktor (Ismail) yg bersama Amanah.

4. Dgn izin Allah, sejarah kejatuhan BN Kedah akan berulang. Bukan jatuh kpd Pas tapi kpd PH, kerana Kedah yg banyak pondok dan padi bukan lagi kubu Pas. Diamnya Pas drpd memecat Mahfuz dan Nasir adalah bukti Pas Kedah semakin muram.

5. Terbaca komen seorang ahli Pas yg ada PhD yg juga rakan saya semasa dalam DPP Pusat dulu berkaitan tindakan Amiruddin masuk PPBM, katanya, "Dia bukan langgar janji dgn Pas tapi langgar bai'ah dgn Allah".

6. Entah apa-apa cara berfikir pentaksub Pas. Cara berfikir sebegitu elok benar terus disuburkan dalam Pas supaya lebih banyak orang keluar Pas dan Pas lebih mudah kalah dlm PRU akan datang.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan