Ketua pembangkang Kedah lompat ke PPBM

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah hari ini keluar daripada PAS dan menyertai PPBM.

Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan penyertaan adun Anak Bukit itu pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Amiruddin berkata, beliau mahu berdepan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai pasukan padu dan kukuh dalam Pakatan Harapan.

Katanya, keputusannya menyertai PPBM juga disebabkan PAS tidak mahu bekerjasama dengan PH pada PRU14 untuk menjatuhkan BN.

Terdahulu, Amiruddin dikatakan akan menyertai Amanah yang juga parti komponen PH.

Tindakan Amiruddin itu menyebabkan PH kini mempunyai 9 wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, manakala PAS memiliki 7 adun dan BN kekal dengan 20 wakil rakyatnya.

Amiruddin mengejutkan kepimpinan PAS negeri tahun lalu dengan meletak jawatan sebagai yang dipertua PAS Kuala Kedah pada 21 Mei 2016.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan