Oleh Arif Atan
Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Hanipa Maidin berpendapat
‘Malaysian Official 1’ (MO1) tidak tentu arah atau gelabah dengan
pendedahan editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown.
Menurutnya, reaksi gelabah MO1 itu ekoran kenyataan pembelaan Claire
terhadap saman dikemukakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
pada April lalu.
“Teknik atau taktik orang yang gelabah kerana tanggung masalah atau beban ada pelbagai macam dan bentuk.
“Antara tekniknya adalah orang yang gelabah itu pula yang tuduh orang yang bikin dia gelabah itu sebenarnya yang telah gelabah.
“Inilah teknik MO1. Dia gelabah dengan pendedahan Claire dalam
pernyataan pembelaan Claire ke atas saman Presiden parti suci di London
sebab nama dia juga terpalit.
“Jadi nak buat macam mana? Dia kata Claire yang sebenarnya gelabah!” dipetik daripada kenyataannya di Facebook.
Untuk rekod, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam tuntutan
mahkamah ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengaitkan
MO1 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dokumen itu pada muka surat 13, perenggan 39 contohnya menyebut,
“Setelah ditubuhkan, MO1 iaitu Najib mengambil alih kedudukan kuasa
dalam 1MDB. MO1 (Najib) mempunyai kuasa untuk meluluskan semua
pelantikan, dan penyingkiran, lembaga pengarah 1MDB pengarah dan
pengurusan kanan 1MDB.”
Bahkan, menteri Umno di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman
Dahlan sebelum ini turut mengakui MO1 yang disebut dalam tuntutan
mahkamah oleh DOJ Amerika itu adalah Najib Razak.
Sehubungan itu, Hanipa yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN)
AMANAH menyifatkan majoriti rakyat Malaysia masih siuman untuk menolak
dakwaan kononnya Claire gelabah.
Beliau menganggap cuma individu tidak waras yang menganggap MO1 dan
pihak Pas yang mendakwa kononnya mereka mengamalkan politik matang dan
sejahtera tidak gelabah.
“Teknik sebegitu hanya mungkin berjaya jika 95 peratus rakyat negara
ini bukan berfikiran waras. Hanya orang tak siuman sahaja, bagi sayalah,
yang percaya yang sebenarnya gelabah adalah Claire dan bukannya MO1
atau yang sejahtera dan matang dengannya,” kata beliau.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan