Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander
Linggi semalam berkata, penyebaran berita palsu adalah sangat tidak
sihat.
“Jika dibiarkan terus berlaku, bukan setakat menyebarkan berita yang
tidak benar, tetapi ia membawa kepada perbuatan menghasut,” katanya
kepada Bernama.
Beliau mengalu-alukan cadangan menggubal undang-undang membanteras
berita palsu yang boleh mendatangkan masalah besar kepada masyarakat dan
negara sekiranya dibiarkan.
Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Borhan Dolah yang turut
menyokong cadangan berkenaanu berkata penyebaran berita palsu harus
dibendung kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada rakyat dan
haruslah ada langkah bagi memastikan perkara itu tidak berlarutan.
“(Contohnya) bila ada suatu berita palsu berkaitan bencana di sesuatu
kawasan, ia akan menimbulkan keresahan terhadap keluarga mereka yang
tinggal di kawasan itu,” katanya.
Beliau diminta mengulas cadangan untuk mengadakan akta berita palsu
bagi menangani masalah yang timbul akibat penyebaran berita sedemikian.
Katanya, segelintir pihak suka menyebarkan berita seumpama itu untuk
keseronokan tanpa menyedari kesan negatif jangka masa panjang.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan