Bila Abu Hassan Din ‘digam’ di Johor

Oleh DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA 

Akhir-akhir ini beberapa penceramah agamatelah disenaraikan hitamkan dan dilarang memberi ceramah. Terkini menurut laporan FMT pada 8 Jan 2018, Jabatan Agama Islam Johor menambahkansenarai nama baru antaranya Datuk Abu Hassan Din.

Dua bulan sebelumnya, nama Mufti Ismail Menik dan Ustaz Haslin ‘Bollywood’ telah dilarang berceramah di Johor.
Perkembangan ini agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kebebasan memberi pandangan yang sudah tentu terdedah kepada berbagai pandangan dan perspektif.

Kebebasan memberi pandangan adalah hak dalam Perlembagaan Malaysia.
‘Memudahkan’ alasan bahawa seseorang menjejaskan keharmonian dan perpaduan tanpa memberi ruang kepada
perbezaanpandangan bukanlah semangat dari peruntukan ini.

Lagipun tokoh seperti Datuk  Abu Hassan Din (gambar) diterima sebagai tokoh agama di seluruh negara. Agak pelik negeri lain tidak mengharamkan sedangkan di Johor diharamkan?

Apakah hanya di Johor terjejasperpaduan dan tidak di negeri lain? Apakah mesej ceramah Datuk Abu Hasan Din berbeza di negeri-negeri?

Walaupun saya memahami kuasa agama tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri namun biarlah kuasa itu tidak menjejaskan kebebasan pandangan dari mereka yang ada kewibawaan dan dihormati oleh masyarakat ketokohannya.

Saya telah jelaskan sikap saya tanpa prejudis kepada mana-mana pihak kerana bagi saya selagi ruang kebebasan diperuntukkan maka ruang itu harus diberi keselesaan dan tidak ‘terhimpit’dengan alasan yang dimudah-mudahkan tanpa melihat kesan menyeluruh kepada kebebasan memberi pandangan.

Pihak Majlis Agama Islam Johor boleh sahajamenasihati mana-mana penceramah agama agarmemastikan garis panduan yang menganjurkankepada kedamaian antara manusia dan menghindari kebencian agama dan kaum perlu diberi keutamaandalam penyampaian mereka.

Mengharamkanpenceramah agama yang dihormati akan menjejaskan nama baik pentadbiran agama di seluruh negara.

Saya menganjurkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memanggilsemua tokoh agama dan penceramah agama agarberpandu kepada mesej ceramah dan kuliah yangmembawa kepada mesej Islam Rahmat untuk Semuadan mengelak budaya takfiri dan kebencian dalam dan mengelak budaya takfiri dan kebencian dalammasyarakat semasa penyampaian mesej agama olehpenceramah dan pengkuliah.

Islam memainkan peranan penting dalam membina sebuah masyarakat yang bekerjasama dan memupuk nilai kemanusiaan sejagat.

*Penulis  adalah Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Naib Presiden AMANAH.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan