DAP arah jentera parti tingkat gerak kerja untuk 100 hari menjelang PRU14

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu telah mengeluarkan arahan kepada semua jawatankuasa negeri supaya mempertingkatkan gerak kerja untuk kiraan 100 hari menjelang PRU14.

Ia adalah sebagai persediaan hidup atau mati DAP bagi membantu Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14 untuk menyelamatkan Malaysia dan melindungi anak-anak kita daripada dirompak, kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan media di blognya.

Kata beliau, untuk memenagi Putrajaya, PH juga mesti menang di Perak, Kedah, Johor dan Negeri Sembilan selain mengekalkan penguasaan ke atas Pulau Pinang dan Selangor.

Jentera Pilihan Raya DAP akan dimobilasi sepenuhnya dalam tempoh 100 hari untuk memastikan organisasi, publisiti dan mekanisme kewangan siap sedia untuk berfungsi bersama pasukan pimpinan dan tugas calon, kata beliau.

Beliau meramalkan pilihan raya akan diadakan sebelum 16 Mei 2018, iaitu sebelum permulaan bulan puasa tetapi bukan pada 13 Mei kerana tarikh tersebut punya kaitan dengan peristiwa rusuhan berdarah di negara ini.

Sebelum itu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Parlimen kemungkinan akan dibubarkan pada April 2018.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan