Hadi seru penyokong PAS jangan boikot PRU

GOMBAK: Beberapa bulan sahaja lagi menuju PRU14, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyeru penyokong supaya tidak memboikot pilihan raya umum akan datang.

Hadi meminta penyokong supaya ketepikan perkelahian dan seruan boikot, kerana kerajaan PAS di Kelantan hampir tumbang pada 2004 kerana tidak ramai rakyat yang keluar mengundi.

“Nabi cakap barang siapa yang tidak ambil berat di kalangan orang Islam, dia bukan di kalangan kita,” katanya dalam satu kuliah di Dataran Ilmu Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar.

“Masih ramai di kalangan kita anggap pilihan raya ini tidak penting. Serupa sahaja siapa perintah. Ada yang kata tidak payah pilihan rayalah, sibuk berkelahi sesama sendiri jadi tak payah mengundi.

“(Kalau) jatuh Kelantan pelaksanaan Islam yang kita buat jatuh begitu sahaja,” katanya.

Pilihan Raya Umum 2004 menyaksikan PAS membentuk kerajaan Kelantan dengan majoriti 2 kerusi sahaja, selepas Umno berjaya memenangi 21 kerusi berbanding 24 kerusi PAS. Umno turut merampas semula Terengganu yang dimenangi PAS pada 1999.

Sementara di peringkat Parlimen pula, PAS hanya dapat mengekalkan 7 daripada 27 kerusi.

PAS sedang bersiap sedia menyertai pilihan raya umum nanti bersama gabungan baharu, Gagasan Sejahtera, yang disertai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Pemerhati meramalkan pertandingan 3 penjuru akan berlaku di banyak kawasan antara Gagasan Sejahtera, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, di mana kelebihan dikatakan akan memihak kepada BN.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan