Pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Tun Dr
Mahathir Mohamad dengan 16 duta Negara-Negara Kesatuan Eropah (EU)
menyebabkan pemimpin Umno-BN tidak menyenanginya, kata Ahli Parlimen
Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Ini susulan Duta EU di Malaysia mendesak Perdana Menteri Datuk Seri
Mohd Najib Razak melaksanakan pilihan raya umum ke 14 dengan adil dan
saksama.
“Seperti biasa, akan ada hulubalang macai Umno yang melompat ke tengah gelanggang membela ketua mereka.
“Begitu cepat mereka mereka memberi respon terhadap pertemuan itu
yang seolah-olah pertemuan itu amat merbahaya kepada keselamatan negara.
“Saya berpendapat, apabila pemimpin Umno-BN cepat bertindak balas
terhadap sesuatu isu, yang melibatkan antarabangsa, bererti sememangnya
mereka dalam masalah.
“Mereka kelihatan gabra dan resah seolah-olah mahu menyembunyikan
sesuatu lantas terus berpencak menyalahkan pihak PH mengadakan pertemuan
tersebut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz merujuk kepada kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman
menyifatkan pertemuan PH dengan duta besar EU sebagai politik terdesak
yang mengundang campur tangan dan tekanan kuasa asing terhadap prinsip
demokrasi negara.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula membidas Tun
Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan beliau sebagai pemimpin tidak
berpegang pada prinsipnya dan ia membuktikan pemimpin berkenaan hanya
memperjuang agenda peribadi.
Demikian juga dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahadzir
Khalid menjelaskan standard *sistem PRU di Malaysia yang sekian lama
diguna pakai adalah hampir sama seperti di negara lain malah turut
mempunyai tatacara operasi standard (SOP) yang ketat, tiada keperluan
untuk pemantau pilihanraya umum (PRU) antarabangsa dihantar ke negara
ini.
Menurut Mahfuz lagi ketika Pakatan Harapan bertemu Duta EU bagi
mengharapkan agar dunia memberi perhatian, memantau perjalanan pilihan
raya di Malaysia, ujarnya lagi, sepatutnya kerajaan Malaysia berterima
kasih atas keprihatinan pihak antarabangsa terhadap demokrasi di
Malaysia.
“Jika benar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengikut tatacara
operasi standard (SOP) yang ketat dan standard antarabangsa, maka
kerajaan tidak perlu gusar dengan pemantauan negara luar.
“Ia akan menguatkan lagi hujah bahawa kerajaan benar-benar telus dan
adil dalam soal perjalanan pilihanraya,apatah lagi, SPR sendiri pernah
diundang menjadi pemantau pilihan raya antarabangsa ketika negara-negara
lain mengadakan pilihan raya di negara masing-masing.
“Pada PRU13 SPR pernah menjemput lima negara Asean menjadi pemantau PRU13 di Malaysia.
“Apa masalahnya jika PRU14 wakil dari negara Kesatuan Eropah (EU)
juga dijemput bersama wakil Seketeriat Negara-negara Asean untuk
memantau dan memerhati perjalanan PRU negara ini?,” soalnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan