PETALING JAYA: Ahli veteran DAP Lim Kit Siang mengajukan soalan
kepada penentang langkah Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Tun Dr
Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri, sama ada keinginan
reformasi dapat dipenuhi jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.
Ketua Ahli Parlimen DAP itu berkata kepimpinan bekas perdana menteri
dan presiden Umno dari 1981 hingga 2003 itu diperlukan untuk meraih
sokongan orang Melayu di kawasan-kawasan pedalaman.
“Apa gunanya bercakap tentang reformasi institusi dan sistem jika
tidak dapat menewaskan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum
ke-14?” katanya.
“Tanpa sokongan pengundi Melayu kawasan pedalaman di 73 kerusi
Parlimen yang dimenangi Umno pada Semenanjung Malaysia pada pilihan raya
umum ke-13, mustahil akan berlaku perubahan politik, dan reformasi
institusi dan sistem,” katanya.
Lim berkata demikian dalam satu kenyataan susulan ucapan yang
disampaikan di Skudai, Johor malam tadi, dalam penampilan pertamanya
sejak pembedahan tumor pada Disember.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata keputusan PH memilih Dr
Mahathir, 92, sebagai calon sekiranya menang PRU14 bukan untuk
menembungkan Dr Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada
pilihan raya nantu.
Sebaliknya, beliau mendakwa PRU14 ialah pertembungan antara presiden Umno dan rakyat Malaysia.
Beliau tidak menamakan mana-mana pengkritik, namun kenyataan ini
muncul ketika kempen #UndiRosak hangat dibahaskan di media sosial.
Kempen itu suatu bentuk protes kepada keadaan politik semasa, termasuk
langkah pembangkang mencalonkan Dr Mahathir.
Lim berkata PH bukan sahaja mahu menukar kerajaan, tetapi juga melaksanakan reformasi institusi dan sistem.
Beliau berkata ini termasuk memansuhkan undang-undang dan perjanjian
yang menyalahi hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan, memulihkan
“kebebasan, profesionalisme dan integriti” institusi seperti Parlimen,
badan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan
Suruhanjaya Pilihan Raya.
Beliau mengingatkan Najib mahu mendapatkan semula majoriti 2/3 Parlimen.
Beliau mendakwa sekiranya itu berlaku, rakyat akan terlepas peluang
untuk melakukan perubahan melalui proses pilihan raya, dan sukar
memenangi pilihan raya umum ke-15 dan seterusnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan