Oleh Bede Hong
MESKIPUN ringgit mencatatkan dan pasaran saham meningkat, Perdana
Menteri Najib Razak masih menunggu "ilham" untuk mengadakan pilihan raya
umum ke 14.
"Saya tak tahu. Saya masih menunggu sesuatu cetusan, atau orang
Melayu cakap ilham, untuk tentukan bila masa yang sesuai," katanya
ketika ditanya pemberita mengapa beliau masih tidak menentukan tarikh
pilihan raya.
"Selagi kita lakukan apa yang tidak bertentangan dengan perlembagaan,
saya rasa tidak mengapa.. Kita lihat sama ada kita boleh tunggu
sehingga Jun, atau kita adakan lebih awal. Kita lihat perkembangannya
nanti," kata Najib, yang juga presiden Umno, selepas mempengerusikan
Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di
Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu pada sidang media, Najib mengakui peningkatan ekonomi negara.
"Majlis Tertinggi menyedari peningkatan ekonomi negara di mana
ringgit semakin kukuh, terdapat pertumbuhan tinggi ekonomi, pasaran
saham berada di tahap tertinggi dalam tiga tahun, kadar inflasi juga
rendah dan kadar pengangguran hanya 4%.
"Ini menunjukkan dasar yang dilaksanakan kerajaan sudah membuahkan
hasil. Ia menggalakkan. Ia meningkatkan keyakinan perniagaan," kata
Najib.
Pada 5 petang hari ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup
pada 1,868.58 mata manakala ringgit diniagakan 3.8985 berbanding dolar
AS.
Ringgit naik setinggi 3.85 berbanding dolar AS semalam - yang
tertinggi sejak 3.83 pada April 2016. Mata wang ini memecahkan 4
halangan pada 5 Januari berikutan peningkatan harga minyak.
Kenyataan 'ilham' Najib timbul selepas soalan daripada pemberita,
yang bertanya: "Seperti yang anda katakan sekarang ini. Ringgit naik,
pasaran naik, pengangguran rendah. Apa lagi yang anda tunggu?"
Ringgit meningkat seiring dengan pasaran ekuiti yang kukuh, dengan melanggar paras 1,800 pada bulan Januari.
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada
jangkaan 5.8% tahun lepas, berikutan peningkatan permintaan dalam negeri
dan pasaran buruh, menurut Bank Dunia-TMI
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan