IPOH: Pemuda DAP Perak yakin pakatan pembangkang dapat merampas 8
kerusi DUN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang yang sebelum ini
dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis.
Ketuanya Wong Kah Woh berkata, 8 kerusi terbabit ialah Manjoi, Kubu
Gajah, Kamunting, Lubok Merbau, Manong, Rungkup, Changkat Jong dan Pasir
Panjang.
“Jika kita dapat kekalkan 24 kerusi yang ada sekarang dan mampu
menang 8 kerusi ini, kita mampu bentuk kerajaan di Perak dengan 32
kerusi secara keseluruhannya. Ini hasil analisis konservatif,”
katanya
kepada pemberita selepas pelancaran Pemuda Pakatan Harapan Perak oleh
Pengerusi Pakatan Harapan Perak Ahmad Faizal Azumu.
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata pakatan pembangkang akan mengutamakan calon muda untuk bertanding pada PRU akan datang.
“Melihat kepada saringan, kita jangka calon muda yang akan bertanding
(di Perak) mungkin melebihi 20%,” katanya, menambah senarai penuh calon
pembangkang Perak dijangka diumum hujung bulan ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan