SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik empat tokoh
masyarakat dalam kalangan golongan profesional sebagai Penasihat
Kehormat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.
SPRM dalam kenyataannnya hari ini, berkata pelantikan itu adalah bagi
tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Februari ini hingga 31 Januari 2020.
Empat tokoh itu ialah Canselor Universiti Mahsa Tun Zaki Tun Mohamed
Azmi, Pengerusi Indah Water Konsortium Sdn Bhd Abu Zahar Ujang, Pengarah
Institut Strategi Kepimpinan Asia (Asli) Ramon V. Navaratnam dan Naib
Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Lee Lam Thye.
Menurut SPRM, mereka berperanan memberi pandangan dan nasihat kepada
ketua pesuruhjaya SPRM berhubung tindakan operasi, pencegahan,
pendidikan dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti SPRM atas permintaan ketua pesuruhjaya SPRM.
"Mereka juga bertindak sebagai ‘key communicator’ dalam menyampaikan
pandangan masyarakat berkaitan isu-isu rasuah dan salah guna kuasa di
Malaysia kepada ketua pesuruhjaya SPRM," kata agensi itu.
Penasihat kehormat juga berperanan menyampaikan amanat dan hasrat
ketua pesuruhjaya SPRM kepada masyarakat supaya warga Malaysia dapat
berganding bahu dalam memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa di
negara ini, kata suruhanjaya itu.
"SPRM percaya dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang
masing-masing, kesemua mereka dapat membantu merealisasikan hasrat SPRM
dalam memastikan masyarakat Malaysia menjauhi budaya serta amalan rasuah
dan salah guna kuasa," katanya. – Bernama
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan