Doa Dasuki : Sebab Dan Implikasi

Oleh: Ridzwan Abu Bakar

1. Dasuki Abdul Rani adalah seorang 'pendakwah' yang disangka sebagai ulama oleh pengikutnya.
2. Dasuki amat minat berbicara tentang kematian dan pembersihan jiwa (dikesan melalui rakaman kuliah beliau).

3. Kadang-kadang, Dasuki juga selitkan 'serbuk perasa' dalam ucapannya untuk tujuan tarik perhatian audien. (Contohnya cerita TGNA bangun solat malam sekalipun beliau salam keadaan koma).
4. Dasuki, sekalipun dikenali sebagai 'pendakwah bebas', namun hakikatnya 'tidak bebas' kerana beliau juga adalah pimpinan Pas.

5. Tidak kurang pentingnya, Dasuki adalah Ahli Majlis di Bandaraya Shah Alam, ertinya beliau berada dalam kerajaan yang 'menindas Islam' - mengikut bait-bait doanya malam tadi -.

6. Berdoa adalah ibadah, namun ada kalanya ia boleh menjadi maksiat. Doa 'kemusnahan' terhadap pihak lain selalunya berpunca dari sikap dan pendirian sesuatu pihak terhadap pihak lain.

7. Sikap dan pendirian Pas terhadap Amanah pada ketika ini yang melatari doa Dasuki.

8. Amanah (atau disebutkan sebagai PAN oleh Pas) digambarkan sebagai 'musuh Islam', 'liberal', 'kuda tunggangan DAP' dan pelbagai lagi 'persepsi' yang dibina di kalangan ahli Pas. Dan sudah tentu terlalu mudah untuk Dasuki dan kawan kawannya untuk mengAHZABkan Amanah dan Pakatan Harapan.

9. Dasuki menyamakan Amanah dan PH dengan rangkaian Ahzab adalah kerana sikap yang telah mereka padamkan 'selain dari kita adalah Iblis, yang suci hanyalah kita' - mereka mungkin tidak katakan ungkapan ini, namun itulah sikap yang ditunjukkan -.

10. Ahzab, adalah gabungan para MUSYRIKIN. Apabila Dasuki mengambarkan PH adalah gerombolan Ahzab, maka IMPLIKASINYA Dasuki telah menyamakan ramai penganut Islam dalam PH dengan MUSYRIKIN, apakah itu yang dimaksudkan oleh Dasuki.

Ust Dasuki !

Tak payah lah bercakap dalam isu politik kalau anda terlalu naif untuk memahami realiti !
'Kejarlah' kuliah dan penyampaian di radio IKIM dan promosilah seluas mungkin baju kemeja UDR yang anda usahakan.

Hal politik serahkan kepada yang ahlinya, anta terlalu naif untuk kerja besar ini.
Dah solat dhuha ka Ust Dasuki ?
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan