Optimis tawan kubu kuat BN


BANDAR KUALA KANGSAR - Pakatan Harapan optimis mampu menawan kerusi Parlimen Kuala Kangsar meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat BN dari dulu.

Bekas calon Amanah dalam PRK lepas, Dr Ahmad Termizi Ramli berkata, pihaknya sentiasa bekerja bertemu dan membantu rakyat Kuala Kangsar meskipun BN menang dengan majoriti agak besar dalam PRK lalu.

Menurutnya, sokongan penduduk Kuala Kangsar juga dilihat semakin positif, jauh berbeza dengan sambutan diterima semasa mereka mula-mula bertanding dalam PRK Kuala Kangsar.

“Kalau tanya sokongan, sudah pasti akan ada rasa bias katakan sokongan lebih kepada kami tapi sejujurnya memang ada perbezaan berbanding dulu.

“Kalau dulu ada yang enggan bersalam tapi sekarang semuanya baik malah mereka kenal kami dan pemimpin Pakatan Harapan, memudahkan kami beramah mesra dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata, khabar angin mengatakan terdapat pergeseran dalam Umno Kuala Kangsar mungkin memberi sedikit kelebihan kepada mereka dalam menghadapi PRU14 kelak.

Begitupun, katanya, beliau enggan bergantung kepada isu sebegitu sebaliknya mahu terus memberi fokus memantapkan jentera dan pergerakan parti.

“Kalau betul ada pergeseran, mungkin itu beri kelebihan kepada kami namun kami tidak fokus kepada isu tersebut. Lebih baik kami fokus kepada jentera sendiri untuk hadapi PRU14.

“Dari segi keyakinan, kami optimis mampu menang di Kuala Kangsar walaupun mungkin ada pertandingan tiga penjuru. Orang Kuale ni cerdik-cerdik belaka.

“Saya pun tidaklah berbalah dengan mana-mana parti lain. Berbeza pandangan itu perkara biasa tapi saya tidak tentang dasar parti mereka,” katanya.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan