Peguam Trump tuntut ganti rugi AS$20 juta dari pelakon porno

PEGUAM Donald Trump mendakwa pelakon porno Stormy Daniels perlu membayar ganti rugi sekurang-kurangnya AS$20 juta kerana didapati melanggar terma perjanjian ketidakdedahan yang menghalang dia daripada mendedahkan hubungan sulitnya dengan presiden berkenaan, menurut fail mahkamah pada Jumaat.

Peguam kepada syarikat Michael Cohen memfailkan tuntutan tersebut, yang mengatakan Daniels telah melanggar perjanjian itu "sekurang-kurangnya" 20 kali.

Daniels menandatangi perjanjian itu, yang membolehkan dia menerima sejumlah AS$130,000, beberapa hari sebelum pilihan raya presiden 2016 berlangsung, yang turut didakwa sebagai sumbangan haram untuk membiayai kempen Trump.

Peguam Daniels, Michael Avenatti, bertindak balas dengan mengkritik pemfailan tuntutan itu menerusi akaun Twitternya.

"Hakikat bahawa seorang presiden menuntut lebih AS$20 juta dalam bentuk ganti rugi palsu terhadap seorang orang awam, yang hanya mahu menceritakan kepada masyarakat mengenai perkara sebenar, amat mengejutkan," tulis Avenatti.

Pegawai Rumah Putih telah berkali-kali mengelak soalan berhubung dakwaan hubungan sulit berkenaan.

Isu berkenaan boleh menjejaskan undi golongan warak kepada Trump, yang merupakan kunci penting kemenangan pilihan raya sebelum ini.

Ia juga dilihat menjejaskan hubungan presiden dan Wanita Pertama Melania Trump. – AFP
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan