Ceramah Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub sekali lagi diganggu, kali ini di Taman Cempaka, Tampoi.
Sebelum ini ceramah Salahuddin diganggu oleh sekumpulan hadirin yang memakai pakaian berlambangkan Barisan Nasonal (BN).
Menurut saksi, matlamat dan cara yang dipamerkan adalah sama seperti
sebelum ini yaitu untuk menghalang ceramah serta membuat rasa kurang
senang sepanjang program ceramah diadakan.
Menurut Salahuddin ketika ucapannya dalam ceramah berkenaan, tindakan Umno itu dilihat seperti dalam keadaan panik.
“Nur Jazlan tidak perlu pakai orang-orang suruhan beliau bagi
mengganggu ceramah kami. Jika Nur Jazlan benar-benar berani ayuh kita
berdebat.
“Saya cabar Nur Jazlan perlu sediakan tempat, di mana dan bila saya
akan hadir,” ucapan beliau yang mengundang sorakan ‘boo’ serta jerkahan
penyokong Umno.
Sebelum itu, kira-kira sekitar jam 8:00 malam, sekumpulan penunggang
motorsikal sebanyak 20 buah telah berlonggok di kawasan berdekatan
khemah.
Mereka yang hadir itu kebanyakkannya mengenakan pakaian berwarna biru
berlambangkan BN cuba untuk menghalang ceramah yang mahu diadakan.
Namun kehadiran pihak berkuasa polis juga telah berjaya mengawal
keadaan dengan terdapat kira-kira 30 orang polis beruniform yang turut
hadir di situ.
Dalam ucapan beliau, Salahuddin turut mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada pihak berkuasa polis yang berada di kawasan ceramah
tersebut.
“Sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menguasai negara ini pada
Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14), kami akan merombak gaji kakitangan awam
termasuk pihak berkuasa polis untuk dinaikkan.
“Perkara ini adalah untuk membalas budi mereka serta mengiktiraf
kesungguhan pihak berkuasa polis yang menjaga keselamatan awan di negara
ini,” ujarnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan