PRU-14: Giliran semua orang Sabah tukar kerajaan BN

Ketua Pemuda AMANAH Sabah, Khairuddin Daud, menyebutkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PORU 14) yang akan datang adalah giliran semua orang Sabah tanpa mengira bangsa dan agama untuk menukar kerajaan Barisan Nasional.

Dalam ucapan dalam satu ceramah Jelajah Pemuda Pakatan Harapan Sabah di Tamparuli baru-baru ini, beliau menyebut bahawa politik di negeri Sabah tidak seharusnya membawa kepada politik perkauman.

“PRU14 di Sabah ini bukan giliran orang Bajau untuk tukar kerajaan, bukan giliran orang Kadazan Dusun Murut(KDM) untuk menukar kerajaan, bukan giliran orang Suluk, Bugis atau lain-lain untuk tukar kerajaan.


“Tetapi PRU14 kali ini adalah giliran kita rakyat Sabah untuk menukar kerajaan Umno dan Barisan Nasional,” katanya.
“Kita sebagai rakyat Sabah tanpa mengira bangsa, agama atau warna kulit dan kita merentasi semua perkara itu untuk melakukan perubahan,” katanya.

Malah, katanya, dalam lagu kebangsaan Sabah sendiri ada menyeru anak muda untuk bangun bersatu dalam negeri Sabah yang merdeka daripada segala bentuk penjajahan.

Beliau juga menyatakan, politik perkauman di Semenanjung Malaysia sudah tidak laku tetapi dalam tidak sedar, politik perkauman di Sabah dijadikan propaganda BN bertujuan untuk mendapatkan undi rakyat.

Selain itu, katanya, BN juga dilihat sangat terdesak untuk memenangi PRU 14 apabila turut mengadakan program pada hari dan waktu yang sama dengan program PH di daerah Tamparuli.

Program pemberian bantuan RM300 dan pertandingan karoke 200 meter sahaja dari tapak program Pakatan Harapan.

Mengulas isu tersebut, Khairuddin menyatakan, bukanlah kali pertama BN berbuat demikian.
Sebelum ini, di Tuaran, BN meminta ceramah kolompok di rumah penduduk kampung di batalkan.
Akhirnya, program tersebut dipindahkan ke tempat lain.

“Ini sekaligus, membuktikan terdesaknya UMNO BN untuk memenangi PRU-14 ini,” katanya.
Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sabah telah menjelajah ke beberapa kawasan di Pantai Barat di DUN Luyang, DUN Tamparuli dan DUN Api-Api.

Jelajah Pemuda Pakatan Harapan kali ini adalah untuk mengedarkan risalah manifesto Tawaran Anak Muda Pakatan Harapan serta berkempen bagi memperkenalkan calon-calon anak muda dalam Pakatan Harapan Sabah.

Jelajah ini turut disertai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia merangkap Ketua Pemuda Pakatan Harapan Malaysia, Nik Nazmi Nik Mohd serta Ketua Pemuda AMANAH Nasional merangkap Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Malaysia, Sany Hamzan
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan