PETALING JAYA: Penganalisis politik berbeza pendapat mengenai peluang
Tun Dr Mahathir Mohamad menang Langkawi, tetapi mereka sebulat suara
tentang satu perkara: sukar meramal keputusannya.
Ia di sebalik pengaruh Dr Mahathir di pulau percutian itu, yang
mengalami perubahan besar di bawah pemerhatiannya sebagai perdana
menteri dan selepas meninggalkan kerajaan pada 2003.
Pusat kajian Merdeka Center berkata Dr Mahathir berdepan tugas yang
sukar, memandangkan Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu dengan
majoriti besar pada 2013.
“Dr Mahathir mungkin mendapat sokongan dalam kalangan pengundi di
sana tetapi terdapat halangan yang agak besar terpaksa dihadapinya bagi
mencapai kemenangan,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim
Suffian
Walaupun Langkawi adalah pulau peranginan yang pesat membangun, di
samping statusnya sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, tetapi
politiknya sama dengan Kedah, di mana pengundi luar bandar akan
menentukan siapa yang mewakili mereka di Parlimen.
“BN memenangi Kedah pada PRU13 di sebalik sokongan pengundi Melayu.
Bagi pembangkang memenangi Kedah, ia perlu mendapatkan
sekurang-kurangnya 40% undi Melayu memandangkan jumlah pengundi Melayu
yang tinggi di sana,” kata Ibrahim.
Pada PRU lalu, Datuk Nawawi Ahmad dari Umno, memenangi kerusi itu
menewaskan Ahmad Abdullah dari PKR dengan majoriti selesa 11,861 undi.
Kali ini, kata Ibrahim, peluang Dr Mahathir boleh dihalang dengan kehadiran PAS sebagai pihak ketiga.
PAS bertekad untuk bertanding di hampir semua kerusi majoriti Melayu
pada PRU14, memaksa pertandingan 3 penjuru yang dikatakan ramai mampu
memecah undi pembangkang, dan memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff pula
berkata dengan majoriti besar yang dimenangi BN, ia tidak memberi
jaminan kemenangan kepada Dr Mahathir.
Beliau berkata perkara ini menjadi trend dalam 5 PRU yang lalu.
Kamarul sebelum ini memberitahu FMT bahawa Langkawi adalah pertaruhan
terbaik Dr Mahathir, berbanding bekas kerusinya di Kubang Pasu, atau di
Putrajaya, bandar pentadbiran yang menjulang namanya.
Kamarul merujuk pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) yang memilih
Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri gabungan itu, berkata selain
faktor PAS, mungkin berlakunya sabotaj dalaman.
“Ada kemungkinan parti komponen lain dalam PH boleh mensabotaj Dr
Mahathir untuk memastikan dia tidak akan memenangi kerusi tersebut,
dengan itu membolehkan pemimpin lain menjadi perdana menteri jika PH
mula berkuasa.”
Wong Chin Huat dari Penang Institute berkata berdasarkan majoriti
besar yang dimenangi BN di Langkawi, ia boleh menjadi petunjuk terbaik
“tsunami Melayu” yang banyak dibincangkan pada PRU ini.
“Berapa undi untuk Umno pada 2013, akan masih bersama parti itu apabila Dr Mahathir tidak lagi bersama mereka,” soalnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan