Pengguguran Mohd Zaki bonus untuk BN


TUMPAT - Keputusan Pas ‘merehatkan’ Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim daripada bertanding pada PRU14 ini dilihat sebagai satu bonus kepada BN Tumpat.

Pengerusinya, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata, ia dilihat sebagai satu bonus untuk BN tetapi pihaknya perlu bekerja kuat untuk menawan Dun Kelaboran.

“Apa yang berlaku di Dun Kelaboran, itu sebagai satu bonus untuk BN. Tetapi BN kena berjuang habis-habisan bagi merampas kerusi yang menjadi milik Pas selama tiga penggal itu.

“Kita berjuang bukan melihat siapa yang akan dicalon parti lawan,” katanya.

Beliau yang juga Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia peringkat negeri Kelantan di pekarangan Pasaraya Pantai Timur.

Sebelum ini dilaporkan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan Mohd Zaki direhatkan daripada bertanding.

Untuk rekod, pada PRU13, Mohd Zaki menewaskan calon BN, Wan Hanapi Wan Yaacob dengan majoriti 2,103 undi dan mengekalkan kerusi Dun Kelaboran selama tiga penggal berturut-turut.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan