Parlimen dibubarkan esok

KUALA LUMPUR: Perdana menteri mengumumkan pembubaran Parlimen esok untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), di sebalik penyusunan semula pakatan politik di kedua-dua belah.

“Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk membubarkan Parlimen mulai esok, Sabtu, 7 April 2018,” kata Datuk Seri Najib Razak menerusi pengumuman khas yang disiarkan secara langsung hari ini di saluran televisyen awam dan dihadiri semua anggota Kabinet.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 587 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan kali ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh penamaan calon, diikuti 2 hingga 3 minggu tempoh berkempen berdasarkan amalan dahulu.

Ini akan menjadi PRU ke-2 buat Najib sebagai perdana menteri sejak beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009, selepas prestasi teruk Barisan Nasional pada tahun sebelumnya.

Ia juga akan menjadi cubaan ke-2 BN untuk mendapatkan semula majoriti 2/3 yang kehilangan pada 2008, walaupun ramai percaya ia mustahil ketika parti pemerintah itu berdepan pembangkang yang disokong bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di kalangan pembangkang, muncul beberapa parti baharu yang akan bertanding buat pertama kali, termasuk Amanah yang merupakan parti serpihan PAS ditubuhkan pada 2015 dan Parti Warisan Sabah yang diketuai bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang berpangkalan di Sabah.

Parlimen dibubarkan hari ini, 24 jam selepas pembubaran sementara PPBM yang diputuskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), ekoran tamatnya tempoh sebulan untuk parti itu memenuhi beberapa syarat bagi mengelakkan pendaftaran parti itu dibatalkan secara mutlak.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan