Dunia Ini Sarat Dengan Orang Baik

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Orang yg berasa dirinya suci akan menganggap dunia ini sarat dgn orang jahat. Bahkan orang seperti itu tidak segan-silu utk menampalkan ayat al-Quran atau hadis berkaitan bala' dan azab kpd orang yg dianggapnya orang jahat.

2. Dia sentiasa berasa hanya dirinya dan kumpulannya saja orang baik. Orang yg tidak seperti dirinya atau bersama kumpulannya akan dianggap orang jahat.

3. Itu tidak benar. Dunia ini hakikatnya sarat dgn orang baik walaupun mereka tidak bersama dgn kumpulan orang yg berasa dirinya dan kumpulannya saja orang baik.

4. Setelah beberapa hari menjengah dari satu pintu rumah ke pintu rumah yg lain, saya bertemu begitu ramai orang baik. Mereka bukan ahli kpd mana-mana parti politik.

5. Mereka ialah insan yg menyantuni bapa atau ibu yg uzur. Ada insan lelaki dan wanita yg sanggup tidak berkahwin lantaran bimbangkan ibu akan terabai jika berkahwin.

6. Ada insan yg begitu prihatin menyantuni OKU sehingga sanggup meninggalkan pekerjaan yg bergaji lumayan demi kesejahteraan insan OKU.

7. Nun di hujung desa, ada keluarga berumah usang tanpa perabut, tetapi sanggup bersusah-payah mengait mempelam sebagai hadiah kpd kami yg menjadi tetamunya sebelum beredar.

8. Ada pasangan suami isteri tua, nun berumah di tengah sawah, bukan beragama Islam tetapi sangat penyantun menerima kunjungan tetamu. Mereka menerima huluran naskhah kempen dgn senyum dan rakaman terimakasih.

9. Begitu ramai yg mempelawa saya supaya berkunjung lagi ke teratak mereka selepas ini. Sungguh, saya terasa betapa kecil dan lekehnya budi dan pekerti diri sendiri apabila bertemu insan berhati mulia sebegitu.

10. Mereka yg berhati emas ini bukan ahli kpd mana-mana parti politik, jauh sekali untuk menjadi pentaksub. Mereka hanyalah insan yg menjaga hubungan baik dgn insan lain walaupun berbeza agama.

11. Insan sebegitu tidak mengharapkan apa-apa meskipun kita memahami mereka sangat memerlukan pembelaan. Namun, demi harga dan kemuliaan diri mereka tidak pernah menganggap diri mereka sebagai orang yg layak dibantu.

12. Hanya kitalah yg mesti memiliki sensitiviti utk memahami keperluan mereka. Sungguh, mereka sangat memerlukan sebuah kerajaan yg prihatin seprihatin Umar Ibn al-Khattab.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan