Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Datuk Azumu berkata, permohonan
bekas Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi untuk menyertai Bersatu telah
ditolak tanpa rundingan.
Kata beliau, selaku pengerusi Bersatu Negeri Perak yang juga
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri dengan ini ingin memaklumkan
bahawa beliau telah hadir ke satu majlis kemasukan Adun Sungai Manik
Datuk Zainol Fadzi Paharuddin pada 14/5/2018 yang telah diadakan di
Hotel Kinta RiverFront.
“Seperti yang semua maklum bahawa Datuk Zainol Fadzi Paharuddin
adalah antara mereka yang menyatakan sokongan kepada PH Negeri Perak
selepas PRU14 yang lalu.
“Kehadiran saya tidak lain hanya untuk menerima kemasukan beliau dan
meraikan penyertaan yang lain sebagai tanda sokongan kepada parti
Bersatu Malaysia peringkat Negeri Perak.
“Namun setelah berakhir sidang media saya dimaklumkan kehadiran
saudara Jamaluddin Mohd Radzi yang telah menjadi salah satu faktor
pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat sehingga berlaku krisis
pentadbiran di negeri perak pada tahun 2008.
Untuk itu setelah mengambil maklum semua perkara dan asas yang kukuh
saya dengan ini memaklumkan bahawa permohonan beliau untuk menyertai
Bersatu telah ditolak tanpa rundingan,” kata beliau dalam kenyataan
medianya hari ini.
Keputusan tersebut kata beliau, diambil atas prinsip bahawa setiap
kemasukan sesiapa sahaja ke dalam PH khususnya di Negeri Perak akan
dibawa untuk pertimbangan yang tegas agar segala episod duka rakyat
tidak berulang.
Ahmad Faizal mengucapkan terima kasih kepada rakyat Perak yang
memberikan kritikan ke atas isu ini dan kepada pimpinan PH Negeri Perak
yang bersama-sama beliau teguh untuk memastikan Kerajaan Perak terus
mendahulukan rakyat dan memperkukuhkan Kerajaan Negeri.
Pelbagai pihak berang apabila Jamaludin dikatakan diterima sebagai ahli Bersatu selepas mengkhianati kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan